trending_flat

DATUK RUBIAH MULAKAN TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH

PUTRAJAYA, 12 Disember 2022 – YB Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Rubiah Hj. Wang mengadakan pertemuan ringkas bersama YAB Timbalan Perdana Menteri I dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di pejabat Timbalan Perdana Menteri I pagi ini sebelum memulakan tugas pada hari pertama. Ahli Parlimen Samarahan itu tiba pada pukul 11.30 pagi dengan disambut Ketua Setiausaha KKDW Dato’ Sri Ramlan Harun bersama pengurusan tertinggi bagi sesi bersama pihak Kementerian. Datuk Rubiah kemudiannya mengimbas kad perakam waktu, sebagai simbolik memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah hari ini. Beliau seterusnya diiringi ke pejabatnya dan menghadiri taklimat Kementerian. Datuk Rubiah Hj. Wang antara 27 Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan yang dilantik oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Sabtu, 10 Disember 2022 diberikan portfolio Timbalan Menteri di Kementerian Kemajuan […]

trending_flat

[Galeri] Teo Nie Ching ‘clock in’ hari ini di KKD

KUALA LUMPUR, 12 Dis - Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching (张念群) memulakan tugas pada hari ini 12 Disember 2022 di Kementerian Komunikasi dan Digital. Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

trending_flat

PM Anwar terima kunjungan hormat dari Presiden Timor Leste

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi. Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin. Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu. Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi. Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN. Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama. Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia Kredit Foto - AFIQ HAMBALI/Prime Minister’s Office of Malaysia […]

trending_flat

YB ADAM ADLI MULA MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG BAHARU

YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah tiba di Menara KBS pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) YBrs. Encik Abdullah Hasan serta Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu selepas mengangkat sumpah Sabtu lalu. Selesai dengan sesi mengimbas Kad Perakam Waktu, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bergerak ke ruang pejabat beliau bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS. Seluruh warga KBS mengalu-alukan kehadiran dan memberikan sepenuh sokongan kepada YB Tuan Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu berkuatkuasa 9 Disember Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin Foto Kredit : Azuddin

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation