KUALA LUMPUR, 12 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Presiden Republik Demokratik Timor-Leste, TYT Dr José Ramos-Horta di Seri Perdana, Putrajaya tengahari tadi.
Turut serta dalam pertemuan ini adalah Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.
Melalui pertemuan ini kami berupaya menilai kemajuan kerjasama antara Malaysia dan Timor Leste serta meneroka ruang kerjasama yang baharu.
Malaysia juga akan terus memberi dukungan kepada Timor-Leste dari aspek pembangunan sosial, keselamatan dan ekonomi.
Malaysia turut mengesahkan komitmen untuk terus bekerjasama dengan negara-negara anggota ASEAN mengenai pelan hala tuju keanggotaan Timor-Leste sebagai negara anggota ASEAN.
Semoga hubungan antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh menerusi pelbagai lapangan kerjasama.
Be the first to leave a comment