YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah tiba di Menara KBS pada jam 10.00 pagi dan disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) YBrs. Encik Abdullah Hasan serta Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS.
Beliau diiringi oleh pegawai-pegawai kanan KBS dibawa mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda bermulanya tugas sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu selepas mengangkat sumpah Sabtu lalu.
Selesai dengan sesi mengimbas Kad Perakam Waktu, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan bergerak ke ruang pejabat beliau bersama Ahli Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KBS.
Seluruh warga KBS mengalu-alukan kehadiran dan memberikan sepenuh sokongan kepada YB Tuan Adam Adli Abd Halim, yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang baharu berkuatkuasa 9 Disember
Be the first to leave a comment