PDRM benteras perjudian Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022
KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 – Bagi mengekang aktiviti perjudian dan pertaruhan yang melibatkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Qatar 2022, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan OP SOGA IX bermula 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022.
Hasilnya, beberapa serbuan dan tangkapan telah dibuat dan statistik berakhir pada 21 Disember 2022 adalah seperti berikut :
Hasil rampasan keseluruhan meliputi:
• Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dollar Hong Kong 382,995.60;
• Wang tunai berjumlah RM518,563.00 dan Dollar Singapura 500;
• 74 unit komputer;
• 47 unit komputer riba;
• Empat (4) unit tablet;
• 817 unit telefon bimbit;
• Tiga (3) unit mesin kira-kira;
• 28 unit modem;
• 24 unit router;
• Lapan (8) unit printer;
• 386 keping sim kad;
• 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan
• 27 keping jadual perlawanan kejohanan bola sepak piala dunia qatar 2022.
Tambah PDRM, kesemua tangkapan merupakan bookie/punter telah direman untuk siasatan lanjut. siasatan dijalankan di bawah Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Be the first to leave a comment