PUTRAJAYA, 15 Januari 2023 – Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama 27 Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan dan 10 Pegawai Kanan Kerajaan telah menghadiri program Permukiman Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Program dilaksanakan bagi memperkukuh dan memantapkan kesepakatan dan kesepaduan dalam kalangan Anggota Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.
Selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam menterjemahkan agenda islah dan reformasi dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan, program permukiman ini diisi dengan sesi taklimat khas mencakupi aspek-aspek penting ke arah pemantapan penyampaian perkhidmatan dan pengukuhan tata kelola atau tadbir urus jentera Kerajaan.
Aspek-aspek ini merangkumi Struktur Kerajaan dan Hal Ehwal Pentadbiran Awam, Pengurusan Kewangan dan Perolehan Kerajaan, Persidangan Antarabangsa dan Kepentingan Negara, Protokol Kerajaan dan Profesionalisme, Pembangunan Lestari, Senario Ekonomi dan Cabaran, serta taklimat berkaitan Komunikasi Media.
YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara turut menyampaikan taklimat Pelaksanaan KPI Anggota Jemaah Menteri semasa sesi permukiman tersebut.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment