trending_flat

Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023

SUNGAI PETANI, 3 Mac 2023 - Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV), telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Inisiatif Perumahan Veteran ATM Peringkat Negeri Kedah Tahun 2023 bertempat di Kampung Tengah, Padang Temusu, Sungai Petani, Kedah. Pada majlis tersebut, Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus telah menandatangani plat perasmian dan menyerahkan replika kunci rumah kepada Veteran ATM Encik Abdul Halim bin Salleh yang merupakan penerima rumah baharu. Kementerian Pertahanan sentiasa peka berkenaan kebajikan Veteran ATM dan mengambil berat isu perumahan Veteran ATM. Isu perumahan Veteran ATM telah dibincangkan melalui Majlis Veteran Kebangsaan (MVK). Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM merupakan salah satu strategi inisiatif Peningkatan Kualiti Hidup di bawah Pelan Strategik Mindef dalam Teras 7. Strategi ini memberi penekanan dalam usaha membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan […]

trending_flat

Sambutan Ramadan Lebih Bermakna Tahun Ini Bersama Durioo+

KUALA LUMPUR 1 Mac 2023 - Bulan Ramadan yang dinanti-nantikan akan tiba kurang dari sebulan dari sekarang. Durioo+, Platform Video Selamat Untuk Kanak-Kanak Islam mengajak anda semua untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan ini bersama dengan mereka. Festival Marhaban Ya Ramadan bersama Durioo+ akan dilangsungkan di IOI City Mall pada 18 dan 19 Mac 2023. Bertemakan “Kembara Ramadan”, Durioo+ mengajak keluarga-keluarga Muslim untuk mengimbau kembali kenangan Ramadan bersama anak-anak mereka. Tarikan utama festival ini adalah Konsert Nasyeed Marhaban Ya Ramadan bersama Raihan, InTeam, Lah Ahmad, Najwa Latif dan Mateen akan berlangsung pada hari Ahad, 19 Mac pukul 2.30 petang. Selain daripada itu, festival ini juga menyediakan aktiviti menarik seperti Konsert Muzikal animasi Durioo+ Mina Mila dan Little Ammar, aktiviti-aktiviti permainan dan gerai jualan dari lebih 30 vendor. Kemasukan adalah percuma dari 10 pagi ke 10 malam. Tidak terhenti disini, Durioo+ mengisi […]

trending_flat

Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang

PULAU PINANG, 2 Mac 2023 - Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah menyempurnakan Program Peduli Veteran dan menyantuni lima orang Veteran ATM di sekitar Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan. Program Peduli Veteran yang dijalankan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan bantuan seperti yang mengalami sakit kritikal, kronik serta hidup dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, turut diselitkan penyerahan bantuan peralatan pesakit, bantuan wang tunai dan penyampaian sumbangan kotak makanan. Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif yang amat bermakna ini dalam agenda memastikan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM terus terbela dan sentiasa terpelihara sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang Veteran ATM curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation