Hujan lebat dijangka berlaku di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan
26 MAC 2023 – Jabata Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu kenyataan pada pagi ini memaklumkan bahawa ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Kedah, Sabah, Sarawak dan Labuan pada hari ini.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Langkawi Kedah.
Manakala di Sarawak adalah di Limbang.
Di Sabah pula kawasan terlibat adalah di Pedalaman (Kuala Penyu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan). Turut terlibat adalah WP Labuan.” kata kenyataan tersebut.
Amaran tersebut berkuatkuasa sehingga 1:00 tengah hari hari ini.
Be the first to leave a comment