Manifesto Kedah Madani Realistik – Tidak Janji Bulan Bintang, Selesai Agenda Tergendala
ALOR SETAR, 8 Ogos – Manifesto Kerajaan Perpaduan Kedah Madani dirangka dengan mengambil kira keperluan rakyat negeri itu bukan sekadar satu janji melangit. Ianya juga disusun berasaskan realistik dengan misi utamanya untuk menyelesaikan segala agenda yang tergendala selama ini. Menggariskan empat teras utama, manifesto berkenaan mencakupi setiap aspek yang dilihat memainkan peranan sebagai tunjang pembangunan Kedah. Meletakkan sasaran membangunkan semula Kedah agar lebih progresif dan berdaya saing, ia diyakini mampu membantu negeri terbabit kembali bangkit. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, negeri yang satu ketika dahulu digelar Jelapang Padi itu memerlukan sentuhan pemimpin berpengalaman agar kembali fokus kepada kemajuan, kemakmuran, berdaya huni dan mapan. Menurut beliau, tempoh pemerintahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama 37 bulan telah meletakkan Kedah dalam keadaan pincang, apabila berdepan pelbagai kegagalan di peringkat dasar, kepimpinan, urus tadbir dan tatakelola yang lemah. “Ia […]