Pendaftaran Kini Dibuka Untuk Acara Pemecut Keusahawanan Wanita Unga78, Menandakan Pencapaian Ulang Tahun Keempat
NEW YORK, 14 Sept (Bernama) -- Selaras dengan sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Pemecut Keusahawanan Wanita (WEA) dengan bangganya mengumumkan acara penting bertujuan mengetengahkan jurang yang mendesak dalam pembiayaan bagi perniagaan diterajui wanita. Inisiatif ini ialah usaha kerjasama dengan WEA-agensi PBB yang mengambil bahagian, Mary Kay Global, Yildiz Holding dan Inisiatif Tindakan Usahawan Wanita (WE Act) negara Women20 (W20). “Modal Terangkum (Inclusive Capital): Memperkasa Usahawan Wanita pada Skala Global”Bilik Persidangan 2 (Conference Room 2), Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Headquarters), NYCHari Khamis, 21 September 2023. Masa: 6:00 petang – 8:00 malam ETDaftar di sini Acara tersebut menyasarkan untuk memupuk dialog antara pihak berkepentingan dalam ekosistem keusahawanan wanita. Perbincangan akan berkisar tentang cabaran kewangan yang dihadapi oleh usahawan wanita, kepentingan pelaburan terangkum dan keperluan untuk entiti institusi dan korporat menerima pakai perspektif terangkum jantina dalam proses […]