Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa syukur dapat bersama meluncurkan Majlis Penghantaran 3 Kontena – Wakaf Sejuta Qur’an di Nasyrul Quran, Putrajaya dengan kerjasama Yayasan Restu dan Nasyrul Quran.
Di dalam catatannya di halaman X rasmi beliau, Anwar berkata penghantaran tersebut melibatkan 30 ribu naskhah al-Qur’an terjemahan bahasa Inggeris diiringi dengan terjemahan bahasa Cina, ketiga buah negara iaitu Australia, Kanada dan United Kingdom.
“Usaha wakaf sejuta Qur’an menghadirkan suatu isyarat yang jelas – bahawa keganasan tidak dapat dihapuskan dengan keganasan. Malaysia berhasrat menggunakan pendekatan berhikmah bagi menangani gejala Islamofobia ketimbang pendekatan reaksionari (bertindak balas) yang berdasarkan emosional.
Usaha Kerajaan Perpaduan menyokong inisiatif ini adalah konsisten dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan Al-Quran khususnya mengungkap semangat Madani yang menjunjung nilai dan akhlak bertunjangkan agama.
Dua fasa disasarkan antara 2023-2025 bagi tugas melengkapkan cetakan sejuta naskhah terjemahan al-Qur’an pelbagai bahasa. 15 bahasa disasarkan bagi fasa pertama, dan 15 lagi untuk fasa kedua.” kata Anwar.
Beliau juga berkesempatan solat Jumaat di Nasyrul Quran, Putrajaya yang diimamkan oleh Fadilatush Shaykh al-‘Allamah al-Muhaddith Dr. Mustafa al-Nadawi, ulama dari Mesir dan mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Mejar Jeneral (B) Dato’ Nawawi bin Daud, mantan Ketua Pengarah Kor Agama Tentera Darat (KAGAT).
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment