Task Force Khas OP BPT: Sitaan 180MT Kilang Disyaki Sorok Beras Putih Tempatan (BPT)
ALOR STAR, 10 OKTOBER 2023 – Task Force Khas Bersepadu Operasi Beras Putih Tempatan (OP BPT) yang diketuai oleh Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Chan Foong Hin, bersama Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan (MAQIS) telah berjaya membongkar dengan menyita sebuah kilang disyaki menyorok beras putih tempatan dalam gudang simpanan yang tidak dinyatakan dalamlesen. Sitaan yang dilakukan semalam, hasil pemeriksaan lanjut oleh pasukan Task Force khas OP BPT telah mendapati bahawa beras bergred Super Spesial Tempatan 5% (SST5) atau beras putih tempatan (BPT) di dalam kampit jumboberjumlah 180 tan metrik disorok di gudang yang tidak dinyatakan dalam lesen. Mengesyaki kilang tersebut telah melakukan kesalahan menyimpan stok beras tanpa lesen, pasukan Task Force Khas bertindak menyita BPT yang berada di […]