trending_flat

Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Pahang sokong usaha membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi

PEKAN, 11 November 2023 – Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 Peringkat Negeri Pahang anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah telah diadakan di Dewan Serbaguna, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah, Pekan Pahang pada 10 dan 11 November 2023. Exco Pelaburan, Perindustrian, Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Pahang Dato' Mohamad Nizar bin Dato' Sri Mohamad Najib mewakili Menteri Besar Pahang merasmikan Karnival MSN peringkat Negeri Pahang telah berjaya menarik lebih 3,000 penyertaan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta orang awam. Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy berkata, perubahan landskap pendidikan negara yang memberi penekanan kepada pembelajaran bidang Pendidikan, Latihan, Teknikal dan Vokasional (TVET) dan Pendidikan Sains, Teknologi, Inovasi dan Matematik (STEM) adalah berlandaskan kepada […]

trending_flat

Penghantaran Bantuan Kemanusiaan kedua Malaysia ke Palestin

SEPANG 11 November 2023 - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ SriHaji Fadillah Haji Yusof telah hadir menyaksikan berlepasnya penghantaran bantuan kemanusiaan kedua Malaysia untuk rakyat Palestin membabitkan pelbagai barangan keperluan seberat 20 tan menerusi Ops Ihsan malam semalam. Sumber Foto Facebook Rasmi Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof Menurut Fadillah menerusi posting di Facebook rasmi beliau, pesawat berkenaan berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Al-Arish, Mesir menerusi penerbangan pesawat kargo khas, kira-kira jam 10.50 malam dari Terminal Kargo, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). "Barangan bantuan kemanusiaan ini akan diserahkan kepada Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama bagi membawa masuk barangan itu ke Gaza melalui sempadan Rafah. Penghantaran kedua ini membabitkan keperluan makanan, perubatan, pakaian dan keperluan bayi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Kedutaan Palestin dan Mesir yang banyak membantu memudahkan penghantaran bantuan ini. Begitu juga penghargaan […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation