KANGAR, 11 Disember 2023 – Seramai 10 pengamal media terdiri daripada wakil media elektronik, penghasil kandungan serta pempengaruh media sosial telah dibawa menyertai Program Lawatan Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia Perlis 2023 anjuran Tourism Malaysia selama tiga hari dua malam untuk meneroka produk-produk ekopelancongan, pelancongan minat khas dan gastronomi di sekitar Arau, Padang Besar dan Kangar.
Menurut Tourism Malaysia, program lawatan suai kenal yang berlangsung dari 6 hingga 8 Disember 2023 tersebut bertujuan meningkatkan penglibatan media bagi membantu mempromosikan produk-produk pelancongan domestik yang dilawati secara dalam talian, khususnya di media sosial.
Kata Tourism Malaysia, antara lokasi yang diketengahkan dalam lawatan tersebut ialah pengalaman meneroka
Gua Wang Burma di Padang Besar yang terletak dalam jajaran Perlis Geopark. Produk pelancongan tersebut merupakan antara salah satu destinasi yang ditawarkan dalam 41 Pakej Ekopelancongan Negeri Perlis oleh lapan pengusaha pelancongan di bawah kelolaan Tourism Malaysia.
“Para peserta memulakan eksplorasi dengan cabaran aktiviti yang menguji adrenalin di ATV Bintong selain meneroka keunikan Kangar Street Art dan menyertai program Sembang Santai Media bersama penggiat industri pelancongan Negeri Perlis di Kafe Fairy Le Phenomenal.
Keesokan harinya, para peserta mengunjungi Galeri Diraja Arau bagi melihat pameran koleksi diraja Perlis serta bertolak ke Gua Kelam untuk majlis pelancaran Pakej Ekopelancongan Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Encik Mohamed Amin Yahya, Pengarah Kanan Bahagian Domestik & Acara Tourism Malaysia. Pakej tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mempromosikan negeri Perlis sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025.” kata Tourism Malaysia.
Produk pelancongan lain yang turut dilawati ialah Taman Rimba Herba Perlis dan Arked Niaga Padang Besar selain menikmati pemandangan indah matahari terbit di Wang Kelian Viewpoint.
Dalam pada itu Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata program itu diharap dapat memberikan pendedahan tentang produk-produk pelancongan yang dilawati selain mengeratkan jalinan kerjasama dengan pihak media serta penggiat industri pelancongan tempatan.
“Menerusi publisiti yang diraih melalui penganjuran program ini, kita harap usaha ini dapat meningkatkan lagi permintaan orang ramai untuk melancong serta menjana ekonomi masyarakat setempat sekali gus menyokong perencanaan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment