Isu video tular beberapa individu menari di KL Base
Berhubung video tular di media sosial berkaitan aksi beberapa individu menari di permis milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru baru ini, PDRM menjelaskan bahawa kejadian tersebut berlaku di KL Base, Jalan Lapangan Terbang Lama, Pengkalan Pasukan Gerakan Udara (PPGU), Kuala Lumpur ketika berlangsungnya konsert ‘Rock The World 2023 pada 16 Disember lepas.
Memetik kenyataan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Amihizam Hj. Abdul Shukor, PDRM berkata ihak polis juga telah menerima pemakluman dan lesen telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Katanya, tapak konsert ini merupakan PPGU, PDRM yang lama.
Ia juga telah ditutup serta telah diserahkan sepenuhnya kepada pihak pemaju.
Be the first to leave a comment