• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

PM berharap mangsa tragedi gempa bumi di Jepun tabah

Spread the love

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim merakamkan rasa simpati beliau dengan tragedi gempa bumi yang berlaku di Jepun hari ini.

“Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.

Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.” kata Anwar dalam satu hantaran di Halaman X rasmi beliau.

Beliau berdoa semoga mereka yang terkesan, termasuklah rakyat Malaysia di Jepun diberi ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat sukar tersebut.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation