• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Timbalan KPN dan isteri hadir majlis bacaan Yasin, Tahlil dan doa selamat HUT UTK ke-49

Spread the love

Sumber : Facebook rasmi PDRM

KUALA LUMPUR, 1 Januari 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini hadir ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Unit Tindakhas (UTK) ke-49, di Masjid Bukit Aman, di sini.

Kehadiran beliau bersama isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, SAC Datin Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin sekitar jam 12.30 petang disambut oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Hazani Ghazali bersama isteri, merangkap Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Hj. Abdul Hamid serta Komander UTK, SAC Ahmad Jefferi Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur sebelum dibawa masuk ke Dewan Utama Masjid Bukit Aman.

Majlis dimulai dengan bacaan yasin diikuti tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Pembantu Hal Ehwal Islam Bahagian Agama & Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman yang juga Imam Masjid Bukit Aman, Ustaz Muhammad Fahrurradzi Sahibul Ghani.

Turut diadakan ialah penyerahan sumbangan kebajikan kepada anak-anak istimewa dan cemerlang warga UTK serta penyerahan sumbangan ‘Back To School’.

Hadir sama, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, DCP Dato’ Khairi Khairudin, Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan) Bukit Aman, DCP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan (KDNKA), Bukit Aman, DCP Dato’ Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi dan warga UTK.

Jurugambar: PDRM RMPTV

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation