• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Menteri Pertahanan terima kunjungan hormat Prabowo

Spread the love

KUALA LUMPUR, 4 April 2024 – Menteri Pertahanan Republik Indonesia, Prabowo Subianto telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Pertahanan Malaysia,Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin di Wisma Pertahanan sempena lawatan khas ke Malaysia hari ini.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), ia adalah pertemuan julung kali antara kedua-dua Menteri semenjak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

“Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada TYT Prabowo Subianto kerana dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini.

Semasa pertemuan tersebut, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin mengungkapkan keyakinannya bahawa dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh TYT PrabowoSubianto, inisiatif-inisiatif yang dibawanya, terutama dalam bidang pertahanan, akan memberi kesan yang positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.” kata MINDEF.

Menteri kedua-dua negara turutmenyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara.

“Kedua-dua Menteri yakin bahawa kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan, seterusnya membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi.” ujar MINDEF.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation