TV ALHIJRAH Rangkul Dua Pengiktirafan Atas Pencapaian Digital
KUALA LUMPUR, 6 Jun 2024 - TV AlHijrah baru-baru ini menerima pengiktirafan The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding bagi kategori Kandungan Digital Terbaik. Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini merupakan permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus. “Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan. “Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital. Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022,” jelas Nadzariah. “Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada […]