Jangan Tertipu! Kekal Waspada Ancaman ‘Scam’ Guna Nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Spread the love

Oleh JomCheck

Penelitian yang dilakukan JomCheck mendapati bahawa masih wujud ancaman penipuan ‘scam’ yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan nama artis tersohor tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Antara teknik terbaharu yang kami temui adalah melalui penulisan artikel di laman sesawang palsu yang menggunakan logo dan antara muka (interface) Free Malaysia Today (FMT) secara salah bagi mengelirukan pembaca.

Artikel yang menyampaikan naratif palsu tersebut dimulakan dengan mendakwa bahawa kononnya penyanyi terkenal itu disaman kerana telah mendedahkan rahsia kekayaan beliau melalui satu platform pelaburan atas talian di dalam satu program temu bual yang disiarkan secara siaran langsung.

Kemudian, ia diteruskan lagi dengan menuduh bahawa siaran langsung tersebut telah diganggu oleh Bank Negara Malaysia yang mengarahkan agar siaran berkenaan dihentikan secara serta merta dan penulisan artikel meragukan itu ditulis berdasarkan rakaman yang diperolehi oleh pengarah rancangan tersebut.

Hasil semakan mendalam yang dilakukan oleh kami mendapati bahawa isu sebegini seringkali berulang.

STATUS: TIDAK BENAR
PENJELASAN: Free Malaysia Today pada 6 April yang lalu telah menafikan pihak mereka menyiarkan apa-apa laporan berkaitan Dato’ Sri Siti Nurhaliza disaman oleh Bank Negara Malaysia.

Sumber:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/04/06/fmt-nafi-siar-laporan-palsu-siti-nurhaliza-disaman-bnm/
https://www.hmetro.com.my/rap/2024/01/1048761/siti-nurhaliza-dedah-kegiatan-scammer

Beberapa poin penting yang perlu diberi perhatian adalah:

a. Semakan juga mendapati bahawa domain laman sesawang tidak sah yang menggunakan logo FMT berkenaan baru sahaja ditubuhkan 19 Mei 2024.
b. Penafian yang dilakukan oleh FMT mempunyai konteks yang sama dengan isu ini dan pada waktu itu naratif palsu yang dicipta adalah untuk mempromosikan platform pelaburan lain.
c. Dato’ Sri Siti Nurhaliza sendiri seringkali menafikannya sambil memperingati orang ramai untuk selalu berwaspada dengan ancaman ‘scam’ sebegini.

Rasa ragu-ragu? JomCheck ✅️

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation