Program U-Digitaloka platform terbaik dedahkan konsep kerajaan digital
SHAH ALAM 24 Jun 2024 – Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik & Pengurusan) Kementerian Digital, Tuan Shakib Ahmad Shakir telah merasmikan Program U -Digitaloka dengan tema “Transforming Tomorrow”, bagi tahun 2024 yang diadakan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Program U-Digitaloka adalah program Kementerian Digital bersama Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang dijenamakan sebagai Kempen Kesedaran U-Digital selaras dengan usaha untuk mempromosikan Kementerian Digital dan Digital First Mindset dalam golongan muda khususnya mahasiswa.
“Program yang menjurus kepada tema digitalisasi ini dilaksanakan dalam bentuk festival budaya dan perniagaan, serta dipenuhi dengan pelbagai pameran digital yang menarik, perniagaan, permainan, pertandingan dan perkongsian ilmu bersama pencipta kandungan digital terkemuka.
Program ini merupakan antara platform terbaik dalam mendedahkan konsep kerajaan digital, masyarakat digital dan ekonomi digital kepada mahasiswa di samping menggalakkan mereka untuk meneroka potensi di pasaran digital.” kata Kementerian Digital dalam satu kenyataan semalam.
Seterusnya, program tersebut juga menggalakkan literasi digital dalam kalangan para pelajar universiti yang memfokuskan kepada tiga elemen utama iaitu Kerajaan, Masyarakat dan Ekonomi Digital.
“Kempen ini bakal menyerlahkan potensi dan peluang digital dalam pelbagai industri untuk para pelajar meneroka dan
memanfaatkan dalam aktiviti harian mereka.” kata Kementerian Digital.
Be the first to leave a comment