National Space Camp 2024 dedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa
CYBERJAYA, 29 Julai 2024 – Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang hari ini telah merasmikan National Space Camp 2024 (Kem Angkasa Kebangsaan 2024) bertempat di MIGHT Partnership Hub, Cyberjaya. Program pembudayaan sains yang bertemakan “Teknologi dan Pengembaraan Angkasa” itu merupakan kerjasama Apadilangit (Langit Kita Sdn Bhd) dan Starlight Education UK, dengan sokongan oleh Agensi Angkasa Malaysia MYSA), MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology) agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan MASIC (Malaysian Space Industry Consortium). “Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dan masyarakat tentang misi angkasa, Malaysia Space Exploration 2030 di samping menarik minat pelajar dan masyarakat terhadap sains dan teknologi angkasa. Ia juga bermatlamat untuk mengetengahkan potensi kerjaya dalam bidang angkasa serta membina kepakaran bagi industri angkasa tempatan selaras dengan Strategi 1, Teras Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Strategik Industri […]