Harga diesel di Semenanjung turun 5 sen seliter

Spread the love

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2024 – Seiring dengan penurunan harga pasaran dunia minyak, Kerajaan telah memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.30 seliter bagi tempoh 8 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2024.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), penetapan harga runcit diesel untuk Semenanjung Malaysia pada RM3.30 seliter adalah selaras dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.” kata MOF.

Pada 10 Jun 2024, telah mengumumkan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di bawah inisiatif BUDI MADANI. Serentak dengan pengumuman tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menetapkan harga runcit diesel RM3.35 seliter berbanding RM2.15 seliter sebelum ini.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation