Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun
PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan di perairan Negeri
Sembilan dan Melaka telah ditarik balik.
Menurut Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), ia berikutan penurunan tahap biotoksin ke paras selamat.
Pemantauan rapi DOF dan analisis makmal yang konsisten, keputusan ini diambil kerana bacaan biotoksin telah menunjukkan penurunan di bawah 400 ppb bagi sampel ke-15 .
Dengan ini, aktiviti perikanan di kawasan terjejas boleh diteruskan seperti biasa.” kata DOF dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah DOF, orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengikuti perkembangan lanjut dari pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan makanan terjamin
Be the first to leave a comment