Malaysia menterai MoU dengan India bagi pembangunan belia dan sukan
Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan India dalam bidang belia dan sukan telah ditandatangani di Hyderabad House, New Delhi, India.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia telah diwakili oleh Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Mohamad Hasan manakala India telah diwakili oleh TYT B.N Reddy, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia.
“MoU berkenaan memberi penekanan ke atas kerjasama strategik antara kedua negara dalam bidang pembangunan belia dan sukan.
Antara bidang fokus MoU tersebut adalah inisiatif program pertukaran belia Malaysia-India dan anti-doping.
Pemeteraian MoU selama 5 tahun antara kedua-dua negara ini dilihat dapat meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia dan India.” kata KBS.
Be the first to leave a comment