KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2024 – Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi (STA) kini kembali dengan rangkaian dagangan terbesar di Malaysia, NUSUK, pada 27th Ogos, bertempat di Mandarin Oriental, yang membawa wakil delegasi lebih daripada 40 pemegang saham terkemuka dan 500 agensi pelancongan daripada pasaran Malaysia dan Asia Tenggara. Dengan kehadiran tetamu kehormatnya, Tuan Yang Terutama Dr. Tawfiq bin Fawzan AlRabiah, Menteri Haji & Umrah Arab Saudi, pameran ini membolehkan STA menjalin hubungan dengan Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC), hotel-hotel, pengangkutan, dan rakan kongsi pelancongan utama. Matlamat pameran ini adalah untuk memahami secara lebih mendalam dan memperhalusi tawaran, produk dan pakej bagi meningkatkan perjalanan rohani pengembara Malaysia yang mengerjakan Umrah dan memudahkan penerokaan destinasi-destinasi Saudi yang lain. Sepanjang pameran ini dijalankan, STA juga akan mengumumkan beberapa kolaborasi utama dan inisiatif yang akan dilancarkan dengan rakan kongsi perniagaan mereka, termasuklah:
Gabungan Andalusia bersama WeXpress akan lebih meningkatkan kelancaran perjalanan pelancong Malaysia. Bermula Disember ini, Andalusia akan memperkenalkan pakej perjalanannya yang unik, menampilkan duta WeXpress Alif Satar, di samping jadual perjalanannya yang eksklusif, saranan perjalanan dan kebenaran untuk penggambaran filem yang disokong oleh STA.
Mitra Kembara dan Grab bergabung untuk membuka lebih akses kepada pemandu Grab Malaysia untuk mengerjakan ibadah Umrah. Di bawah inisiatif ini, pakej istimewa akan ditawarkan kepada lebih 300,000 pemandu Grab yang layak, dibiayai oleh Grab dan disokong oleh SAUDIA untuk tiket penerbangan. STA akan memainkan peranan utama dan penting untuk menyusun jadual perjalanan, menyediakan keperluan logistik, serta memberikan akses istimewa kepada destinasi utama bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan penuh pengisian bermakna.
Saudi bersedia untuk melancarkan Aroya Cruise, rangkaian kapal persiaran pertama miliknya, beroperasi dari Jeddah dengan pelayaran sulungnya bermula pada Disember 2024. Ini merupakan titik permulaan Saudi menerokai industri kapal persiaran bertaraf dunia.
Dengan inisiatif yang dibangunkan secara berterusan Saudi berusaha menjadikan pelancongan lebih mudah diakses oleh pengunjung dari Malaysia termasuk Visa Persinggahan percuma 96 jam dan eVisa sah sehingga 90 hari. Bagi mereka yang memegang visa Umrah, terdapat juga peluang untuk menziarahi destinasi-destinasi lain dalam tempoh sah 90 hari.
Jelajah ke tempat-tempat menakjubkan Saudi di Pameran Pelancongan Saudi yang akan berlangsung pada 28 Ogos – 1 September bertempat di IOI Putrajaya. Nikmati tawaran eksklusif, pakej-pakej menarik, sesi interaktif secara maya dan terokai warisan budaya mereka, dan jangan lepaskan peluang memenangi pelbagai hadiah-hadiah istimewa dan banyak lagi aktiviti menarik!
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment