Oleh : Syahredzan Johan, Ahli Parlimen Bangi
Semalam saya tweet mohon supaya Kerajaan pertimbang semula polisi DNS redirect. Saya memang tak tag Menteri, sebab tweet itu bukan untuk Menteri, tapi untuk audiens di X. Nak buat apa tag Menteri kalau saya boleh text Menteri?
Sebenarnya tweet saya bahawa saya tidak setuju polisi redirect DNS itu tidak membawa apa-apa kesan besar. Sekadar untuk highlight tentang isu gamers dan ya, untuk puaskan hati yang galak sindir saya konon saya senyap pasal isu ini. Itu pun ada yang tidak puas hati sebab mahukan saya lebih kuat hentam.
Tweet saya itu tidak bawa kesan apa-apa. Dan tidak bertujuan untuk bawa apa-apa kesan besar. Yang membawa kesan adalah anda semua. Dan juga orang yang saya text untuk dapatkan info untuk faham isu ini.
Dengan feedback anda semua, orang macam saya bagi feedback kepada SKMM dalam sesi libat urus. Alhamdulillah ada saksi hidup yang sahkan saya sampaikan feedback dalam sesi libat urus.
Juga bagi maklumbalas kepada pegawai, Timb Menteri sampailah ke Menteri sendiri. Sudah tentu bukan saya seorang, ramai lagi.
Tolong pertimbangkan semula – batalkan.
Alhamdulillah, YBM mendengar. Dan akhirnya keputusan untuk batalkan dibuat.
Di luar Parlimen, ini yang seorang backbencher Kerajaan boleh buat. Desak dari dalam, sampaikan pandangan, bangkitkan isu. Saya hidup dengan media sosial, dan saya memang cakna dengan apa sentimen dalam media sosial.
Saya tahu ada sesetengah pihak nak saya hentam kuat di Twitter. Ini expectation. Tetapi kalau saya MP pembangkang, ya itu saya boleh buat. Tetapi jujur saya katakan keberkesanan saya sebagai backbenchers dalam hal dasar dan perlaksanaan adalah dalam Parlimen, dan melalui backchannels.
Jadi teruskan bersuara. Teruskan mengkritik. Saya mendengar dan membaca, dan insya-Allah saya akan sampaikan.
Sumber : Halaman X Syahredzan Johan
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment