Penjual Shopee Live Malaysia Catat Peningkatan Jualan 6.5 Kali Ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat
Hampir 100 Juta Interaksi Pengguna Pacu Kejayaan Shopee Live KUALA LUMPUR, 11 September 2024 - Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat penjual tempatan yang memacu peningkatan jualan lebih daripada 6.5 kali ganda pada 9.9 Hari Pembelian Hebat berbanding hari biasa. Peningkatan ini dipacu oleh lonjakan trafik pengguna baharu dan tempoh keterlibatan pengguna yang lebih lama - dimana lebih ramai pengguna menyaksikan strim langsung berinteraktif dan menikmati diskaun eksklusif. Dengan aktiviti keterlibatan pengguna yang lebih kukuh, Shopee Live mentransformasikan pengalaman membeli-belah dan membawakan hasil ketara buat penjual. Selain meningkatkan jualan, Shopee Live juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan keterlibatan pengguna di mana 9.9 menarik hampir 100 juta interaksi pengguna dengan pengacara strim langsung yang menghiburkan, rancangan permainan, dan tawaran eksklusif. Ini menunjukkan peranan kukuh Shopee Live yang menghubungkan penjual dengan audiens dengan pengalaman membeli-belah dinamik dan menghiburkan lalu memacu […]