trending_flat

Hari Malaysia 2024 disambut Meriah

KOTA KINABALU, 16 September 2024 - Lebih 40,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2024 di Padang Merdeka, Kota Kinabalu yang dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah.  Tirai acara bersejarah ini dibuka dengan persembahan Tarian Sambut Tamu Heart of Sabah yang memaparkan kepelbagaian kaum di Sabah. Tema “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” juga diterjemahkan menerusi elemen-elemen kreatif pertunjukan hologram dan persembahan bunga api. Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim; Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor dan Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg menyempurnakan acara simbolik menandatangani Buku Khas Sambutan Hari Malaysia 2024.  Upacara memotong kek Hari Malaysia 2024 pula disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan Yang […]

trending_flat

Gempa bumi kuat di Rantau Kepulauan Mariana

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Kepulauan Mariana pada jam 7:36 malam hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 7:36 malam, 16 September 2024Koordinat: 17.1° Utara 147.2° TimurLokasi: Rantau Kepulauan MarianaMagnitud: 6.3Jarak: 2,156km Tenggara dari Yokosuka, JepunKedalaman: 112 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Fadillah dedahkan kandungan draf MoU

KUALA LUMPUR, 16 September 2024 - Timbalan Perdana Menteri , Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof mengambil keputusan untuk mendedahkan isi kandungan draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditolak pembangkang baru-baru ini. Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan, Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof . Kredit Foto : Halaman FB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof Ini susulan dari kenyataan media oleh Ketua Pembangkang, Dato; Seri Hamzah Zainudin, berkait keputusan Perikatan Nasional (PN) untuk MoU mengenai peruntukan pembangkang yang dikemukakan kerajaan. "Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan, maka dengan ini saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan Madani (rujuk dua lampiran disertakan, Lampiran A dan Lampiran B). Niat Kerajaan Madani ini adalah untuk mewujudkan suasana aman harmoni dan supaya semua Ahli Parlimen lebih memfokuskan kepada usaha […]

trending_flat

Sambutan Maulidur Rasul kini sebuah keperluan

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Pada setiap tahun umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Malah kerajaan memperuntukkan satu hari sebagai cuti umum khas bagi menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pada tahun ini ia jatuh pada 16 September 2024, bersamaan tarikh sambutan Hari Malaysia. Sambutan Maulidur Rasul sudah menjadi keperluan di zaman ini bagi mendekatkan kita kepada Rasulullah SAW (Ahmet Kurem - Unsplash) Walaupun sudah sekian lama sambutan Maulidur Rasul diadakan di Malaysia namun masih ada segelintir umat Islam yang tidak selesa dengan sambutan tersebut kerana dikatakan bid’ah yang berlawanan dengan syarak. Bagi mereka jika ia amalan yang dituntut oleh syarak maka sudah tentu para sahabat, Tabi’in dan imam empat mazhab (Syafie, Abu Hanifah, Malik dan Ahmad) terlebih dahulu melaksanakannya. Malah mereka juga mendakwa Saidatina Aisyah yang hidup melebihi empat puluh tahun selepas kewafatan baginda pun tidak […]

trending_flat

Gempa bumi kuat melanda Rantau Haida Gwaii

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Haida Gwaii pada jam 6:22 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 6:22 pagi, 16 September 2024Koordinat: 51.5° Utara 130.7° BaratLokasi: Rantau Haida GwaiiMagnitud: 6.4Jarak: 591km Barat Laut dari Vancouver, KanadaKedalaman: 10 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation