KUALA LUMPUR, 17 September 2024 (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKN WPKL) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Persatuan Sukan Tradisional Malaysia menganjurkan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 bermula 13 hingga 16 September 2024 (Jumaat-Isnin) bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Majlis Perasmian Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 telah diadakan pada 15 September 2024 (Ahad) jam 8.30 pagi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bersama YB. Dr. Zaliha bt Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan). Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024 atau ringkasnya FPM@KL 2024 merupakan acara dibawah Kalendar Pelancongan Budaya yang diadakan setiap tahun bagi mengenengahkan keunikan seni budaya negeri. Seramai 2378 peserta terdiri daripada badan beruniform, sektor korporat dan terbaharu institusi pengajian tinggi terlibat di dalam […]