DUBAI, 19 November 2024 – TCT Nutraceuticals Sdn Bhd, pengeluar kosmetik OEM/ODM terkemuka di Malaysia, mencapai kejayaan dalam memperluas jaringan perniagaan di Timur Tengah melalui penyertaan mereka dalam Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS@Dubai) yang berlangsung di Dubai World Trade Centre, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 18 hingga 20 November. Acara ini mengukuhkan komitmen TCT dalam memperkenalkan produk kosmetik halal OEM Malaysia ke pasaran global.
Sepanjang pameran ini, delegasi TCT yang terdiri daripada Pengarah Urusan; Toms Wu, Pengarah Pembangunan Perniagaan; Azreen Azman, Pengarah Pemasaran; Taevin Teh dan Pengarah Jualan; Sean Hoh turut menyertai Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) untuk meneroka jalinan kerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa. Antaranya, perbincangan bersama Anusha Malik dari Matrix Pharma; Pakistan, Kurt Hugh Paul Cordiglia dari Morvest Business Group LTD; South Africa, Muhammed Salim dari syarikat Ibn Batuta Medicines & Medical Equipment Store, LLC; UAE, Dr. Wolfgang Langhoff, syarikat Kofi Supplements FZCO; Jerman dan Deepa dari Soul Senses Spa & Wellness, UAE. Kerjasama ini memberi harapan kepada TCT untuk memperkukuh kehadirannya di pasaran global.
Menurut penganjur, sebagai pameran halal sulung Malaysia di luar negara, MIHAS@Dubai menarik 215 syarikat tempatan dari pelbagai sektor, termasuk makanan dan minuman, farmaseutikal, kosmetik dan gaya hidup yang mensasarkan jualan eksport bernilai RM1 bilion. Pameran ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai pusat perdagangan halal global.
TCT Nutraceuticals adalah peneraju dalam industri kosmetik halal dengan pengalaman lebih dari 6 tahun dalam penghasilan produk kecantikan dan kesihatan berkualiti tinggi. Sebagai pengeluar OEM (Original Equipment Manufacturer) dan Original Design Manufacturer (ODM), TCT menyediakan pelbagai solusi kosmetik yang memenuhi standard halal dan memastikan produknya bebas daripada bahan-bahan yang meragukan. Sehingga November tahun ini, TCT telah membangunkan lebih 300 jenama kosmetik, mengukuhkan reputasi mereka sebagai pengeluar kosmetik halal yang dipercayai di pasaran global.
“Kejayaan ini adalah bukti komitmen kami untuk membawa produk kosmetik halal yang berkualiti tinggi ke pasaran global. Kami juga dalam perancangan untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran melalui automasi dan inovasi digital, sambil mengekalkan kualiti terbaik,” kata Pengarah Urusan TCT Nutraceuticals, Toms Wu.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment