trending_flat

Mengelak perangkap sedekah yang sia-sia

Oleh: Dr. Mohd. Shahid Mohd. Noh  Sedekah adalah salah satu amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam, tetapi nilai sebenarnya tidak sekadar terletak pada pemberian itu sendiri. Jika tidak dilakukan dengan hati-hati, amalan ini boleh kehilangan nilai di sisi Allah. Dalam keghairahan untuk bersedekah, kita perlu memahami dan mengelakkan perangkap-perangkap yang boleh menjadikan amal ini sia-sia.  Sedekah berasal daripada akar kata bahasa Arab yang bermaksud “kebenaran.” Ia mencerminkan keikhlasan hati seseorang dalam memberikan sesuatu kepada mereka yang memerlukan, dengan harapan hanya kepada reda Allah. Dalam setiap rezeki yang kita miliki, ada hak orang lain yang wajib ditunaikan.  Namun, Islam juga mengingatkan kita bahawa bukan sekadar memberi yang dinilai, tetapi bagaimana kita memberi dan dengan niat apa. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali yang dilakukan dengan ikhlas keranaNya dan semata-mata mengharap keredaanNya.”  Perangkap yang mensia-siakan sedekah  Salah satu perangkap […]

trending_flat

Ini bukan masanya

Budaya Buli dan Pembuli Sebagai Hero Diagung-agungkan: Hormati Keluarga Mangsa Kes Buli Oleh: Syahida Zulkarnain Sebuah ketakutan yang mencengkam harapan pelajar dan ibu bapa, mampu memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mental, dan meninggalkan luka emosi yang sukar disembuhkan – buli bukanlah isu yang boleh dipandang ringan, apatah lagi dijadikan bahan hiburan yang diagung-agungkan. Sebagai sebuah masyarakat yang prihatin, kita sentiasa berharap industri perfileman mampu mengetengahkan isu buli sebagai pengajaran kepada umum, khususnya generasi muda. Namun, filem Kahar: Kapla High Council, pada hemat saya, bukanlah karya yang sesuai ditayangkan pada waktu ini. Sebagai Presiden sebuah NGO kesihatan mental belia, saya melihat ini sebagai langkah yang kurang sensitif, terutamanya selepas beberapa tragedi berkaitan kes buli yang menjadi perhatian di media massa dan mencetuskan keresahan awam. Filem ini memaparkan babak di mana pelajar meraikan ‘perlawanan’ dan ‘ragging’, menjadikan aksi ini kemuncak yang […]

trending_flat

TEATER ‘SALINA’ ADAPTASI NOVEL KARYA AGUNG SASTERAWAN NEGARA A. SAMAD SAID DIPENTASKAN DI KOTA KINABALU

Poster Karya Agung : Teater Salina Adaptasi Novel Karya Agung Sasterawan Negara A. Samad Said KOTA KINABALU, 28 Nov (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah dan Stage Production (STAGE.PRO) akan mempersembahkan Teater Salina, sebuah adaptasi novel karya agung Sasterawan Negara A. Samad Said yang diadakan di Auditorium, Kompleks JKKN Sabah, Kota Kinabalu pada 29 dan 30 November 2024 (Jumaat dan Sabtu) jam 8.00 malam. Program Karya Agung ini merupakan inisiatif Belanjawan 2024 yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi mengangkat karya-karya yang telah diiktiraf diperingkat negeri dan juga negara selain bertujuan menyemarakkan dan mengangkat karya seni, sastera, teater warisan, dan karya agung tempatan. Hasil kerjasama antara JKKN Sabah dan Stage Production merupakan satu usaha untuk terus menyemarak dan mengembangkan seni teater dalam kalangan generasi muda di Sabah. Salina adalah karya yang mengangkat tema kemanusiaan, ketabahan, dan pengorbanan […]

trending_flat

Senjata halus dunia moden

oleh: Dr. Elinda Esa Dalam era moden yang penuh dengan kemajuan teknologi dan ledakan media social ini, fenomena "pembunuhan karakter" telah menjadi satu senjata halus yang sangat merbahaya sering kali digunakan untuk menjatuhkan seseorang. Istilah ini merujuk kepada tindakan merosakkan reputasi individu atau kumpulan melalui penyebaran maklumat palsu, fitnah, atau manipulasi fakta yang bertujuan untuk mencalar imej mereka di mata masyarakat. Meskipun istilah ini kedengaran dramatik, kesannya sangat nyata dan boleh mengakibatkan implikasi sosial yang mendalam, termasuk keretakan hubungan, tekanan psikologi, dan kerosakan imej yang sukar dipulihkan. Maksud pembunuhan karakter dan reputasi "Pembunuhan karakter" merujuk kepada tindakan menyerang kredibiliti dan integriti seseorang dengan tujuan untuk mengurangkan atau memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap individu tersebut. Ini dilakukan melalui penyebaran maklumat yang negatif, tidak tepat, atau palsu yang bertujuan untuk memburukkan imej seseorang di mata umum. Tindakan ini tidak semestinya berlaku secara […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation