trending_flat

Potensi kajian bioteknologi jamin kemakmuran industri pisang negara

Oleh: Dr Nurulaini Abu Shamsi, Junaimah Jasman Bioteknologi bukanlah bidang asing di Malaysia. Dalam usaha menjadikan bioteknologi sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan Dasar Bioteknologi Negara (2005-2020) yang bertujuan merancang dan melaksanakan pembangunan sektor ini selama 15 tahun. Dasar ini telah mendorong penubuhan pelbagai institusi penyelidikan serta pelaksanaan aktiviti penyelidikan bioteknologi secara giat di seluruh negara. Sebagai kesinambungan, pada tahun 2022, kerajaan menggubal Dasar Bioteknologi Negara 2.0 (2022-2030) untuk memperkukuhkan lagi ekosistem bioteknologi sedia ada. Dasar ini bertujuan menjadi pemangkin dalam menyelesaikan cabaran negara seperti keselamatan makanan, pengurusan pandemik, dan krisis iklim melalui penyelesaian berasaskan bioteknologi tempatan. Bidang bioteknologi dilihat sebagai platform yang holistik dengan potensi besar untuk memberikan manfaat jangka panjang kepada negara. Namun, bagaimana bidang ini mampu membantu dalam sektor pertanian seperti penanaman pisang? Artikel ini merungkai peranan bioteknologi dalam menangani cabaran penanaman pisang […]

trending_flat

DC Healthcare Buka Cawangan Baharu Klinik Dr. Chong di George Town, Pulau Pinang

Kumpulan Secara Berterusan Mengukuhkan Kehadiran dalam Pasaran Perubatan Estetik Malaysia di Utara Klinik Baru di George Town Pulau Pinang KUALA LUMPUR, 4 DISEMBER 2024 – DC Healthcare Holdings Berhad ("DC Healthcare" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan estetik perubatan yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minima, dengan bangganya mengumumkan pembukaan Klinik Dr. Chong terbarunya di George Town, Pulau Pinang. Di samping kejayaan ini, Kumpulan memperkenalkan slogan baharu Klinik Dr Chong, "Beauty Refined, Safety Aligned", mencerminkan komitmennya untuk menyampaikan kecemerlangan perubatan estetik dengan standard keselamatan tertinggi. Klinik baharu ini mewakili satu langkah penting dalam komitmen Kumpulan untuk meluaskan kehadirannya di utara dan menangani permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan estetik perubatan berkualiti tinggi. Klinik Dr Chong, Georgetown, Pulau Pinang dilengkapi dengan kemajuan terkini dalam teknologi perubatan dan disokong oleh pasukan profesional berkemahiran tinggi, memastikan pelanggan menerima penjagaan perubatan estetik yang […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation