Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Kepulauan Andreanof, Kepulauan Aleutian pada jam 8:15 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut :
Waktu Kejadian
: 8:15 pagi, 9 Disember 2024
Koordinat
: 51.3° Utara 177.3° Barat
Lokasi
: Kepulauan Andreanof, Kepulauan Aleutian
Magnitud
: 6.3
Jarak
: 1,642km Timur dari Petropavlovsk Kamchatskiy,Rusia
Kedalaman
: 75 km
“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.
Be the first to leave a comment