AFC & FIM PERKASA USAHAWAN FRANCAIS MENUJU KEMAMPANAN DAN DIGITALISASI

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) — Tahun hadapan, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan menjadi pentas utama bagi penganjuran serentak dua acara francais terunggul di rantau ini, iaitu ASEAN Franchise Convention (AFC) dan Franchise International Malaysia (FIM), yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2025. Program ini akan dirumuskan dengan pengangkatan beberapa deklarasi utama di kalangan negara-negara ASEAN, menandakan komitmen bersama untuk memperkukuh industri francais serantau. Konvensyen ini juga bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab francais utama di ASEAN.
 
Bertemakan Shaping the Future of Franchising in ASEAN: Sustainability, Digitalization, and GrowthAFC akan mengfokuskan kemampanan francais, digitalisasi, dan pertumbuhan francais. Acara ini dijangkakan akan menjadi tumpuan utama penggiat industri francais serta bakal usahawan francais untuk mengembangkan perniagaan serta mendalami konsep perniagaan ini melalui aktiviti yang tersedia sepanjang program ini.
 
Program ini merupakan cetusan idea Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi Ketika berucap pada Malam Anugerah Francais, yang menekankan pentingnya kerjasama serantau dalam mendepani cabaran dan peluang baharu. Sasaran audien AFC termasuk penggiat industri francais, pelesen, pelabur, dan pegawai kerajaan dari negara-negara ASEAN.
 
Menurut Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA), Datuk Dr. Radzali Hassan, MFA komited sepenuhnya dalam merealisasikan sasaran dan aspirasi kerajaan untuk memajukan industri francais Malaysia, baik di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Sehubungan itu, MFA bertekad memastikan setiap program yang dirancang dilaksanakan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat penganjurannya yang memanfaatkan seluruh ekosistem francais.
 
“Sebagai persatuan francais yang diberi mandat oleh Kerajaan untuk mempromosikan industri francais Malaysia, MFA telah merangka pelbagai inisiatif strategik bagi menyokong perkembangan sektor ini. Antara aktiviti utama termasuk pameran francais antarabangsa, misi perdagangan francais di luar negara, misi khas perdagangan francais, program latihan, jerayawara, sesi libat urus, dan lain-lain.
 
MFA juga menyeru lebih ramai usahawan francais dan bakal usahawan untuk mendaftar sebagai ahli. Ini penting agar mereka turut menerima bimbingan, sokongan, dan peluang yang komprehensif untuk berjaya dalam industri ini,” tambah beliau.
  
Sementara itu, FIM yang memasuki edisi ke-32 akan kembali dengan pelbagai tawaran menarik, memuatkan lebih daripada 100 pempamer dan 250 reruai. Disokong oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) serta MATRADE, FIM 2025 mendapat pengiktirafan daripada World Franchise Council (WFC) dan Asia Pacific Franchise Confederation (APFC).
 
“Pelbagai jenama francais tempatan dan antarabangsa akan menyertai FIM, memberi peluang kepada pengunjung untuk bertemu dan berbincang dengan penggiat industri. Bagi sesetengah penggiat industri francais, FIM adalah titik permulaan untuk kembangkan perniagaan francais mereka dengan lebih meluas,” kata Datuk Dr. Radzali Hassan pada Majlis Perasmian AFC dan FIM di Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Setiausaha Agung, Encik Deric Yeo.
 
FIM2025 akan berlangsung pada 22 hingga 24 Mei 2025 ini dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung, dengan sasaran nilai jualan francais mencecah RM600 juta.

INFO ASEAN FRANCHISE CONVENTION 2025

·  Hasrat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi
·  Konvensyen ini bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab francais utama di ASEAN
·  Acara ini akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama iaitu kemampanan francais, digitalisasi, dan keuntungan, yang akan berakhir dengan pengangkatan tiga deklarasi utama di kalangan negara-negara ASEAN.
·  Tema: Membentuk Masa Depan Francais di ASEAN: Kemampanan, Digitalisasi, dan Pertumbuhan
·   Negara yang berminat untuk bekerjasama bagi acara ini adalah seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand.

INFO FRANCHISE INTERNATIONAL MALAYSIA 2025 

·  Franchise International Malaysia 2025 (FIM2025) adalah penganjuran kali ke-32 sejak mula dianjurkan pada tahun 1994.
·  Diperkenalkan dengan nama asal Malaysian International Franchise Conference & Exhibition selaras dengan pelancaran Program Pembangunan Francais pada tahun tersebut.
·  Sejak mula diperkenalkan FIM telah mendapat sokongan berterusan daripada badan induk francais antarabangsa iaitu World Franchise Council (WFC) dan Asia Pacific Franchise Confederation (APFC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)
·  FIM2025 menyasarkan lebih 30,000 kehadiran pengunjung dengan nilai jualan sebanyak RM600 juta.
·  Laman web FIM di www.myfim.my  

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation