DAP Selangor telah membuat keputusan melantik lima Ahli Jawatankuasa baharu (co-opt) bagi mengisi kekosongan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor (lantikan) bagi penggal 2024-2027.
Mereka adalah:
Keputusan tersebut dicapai di dalam Mesyuarat DAP Selangor kali kedua yang diadakan pada Rabu, 11 Disember 2024.
Pada hari yang sama DAP Selangor juga telah membuat kunjungan mesra bersama akar umbi DAP Hulu Langat sebelum berlangsungnya mesyuarat tersebut.
“Mesyuarat tersebut berjalan lancar, dan Jawatankuasa Negeri Sebulat Suara bersetuju dengan pelantikan ini. Lantikan ini mengambil kira keseimbangan perkhidmatan di setiap wilayah dan kawasan yang diwakili individu-individu terbabit,” kata Pengerusi DAP Selangor Ng Sze Han di dalam satu kenyataan hari ini.
Ng berkata, terdapat keperluan untuk mengukuhkan peranan setiap Ahli Jawatankuasa di dalam organisasi DAP Selangor seiring dengan agenda untuk meningkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan DAP Selangor kepada semua lapisan masyarakat.
Ini katanya termasuk dalam hal melibatkan penggubalan dasar-dasar di peringkat Kerajaan Negeri dan Pusat demi memastikan kesejahteraan rakyat.
Tujuh Jawatankuasa Biro juga telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut iaitu:
“Kerjasama antara DAP Selangor dan Pusat juga akan terus dipertingkatkan dan pertemuan bersama akar umbi dan rakyat kebanyakan juga akan terus direncanakan supaya setiap keputusan di peringkat dasar adalah selari dengan hasrat dan keperluan semasa rakyat. Semalam kita telah bertemu dengan akar umbi di kawasan Hulu Langat dan sesi seperti ini akan diteruskan tahun hadapan,” tambahnya lagi.
NG SZE HAN
PENGERUSI DAP SELANGOR
12 DISEMBER 2024
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment