trending_flat

AISSE’25 disasar kehadiran lebih daripada 300 syarikat dari 48 negara, kata Saifuddin

PUTRAJAYA - Persidangan dan Ekspo Keselamatan Antarabangsa Asia 2025 (AISSE’25) bukan sekadar sebuah acara tetapi satu inisiatif strategik yang bertujuan meletakkan Malaysia sebagai pusat inovasi keselamatan, kerjasama, dan kepimpinan. Kredit Foto : Halaman X Rasmi Menteri Dalam Negeri Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata persidangan itu akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dari esok hingga 22 Januari ini. Jelasnya, persidangan itu diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertemakan “Asia United: Charting the Future of Global Peace and Security through Law Enforcement Collaboration,” mencerminkan aspirasi untuk perpaduan, kerjasama, dan pembangunan. Dalam pada itu, Saifuddin berkata AISSE’25 menyasarkan kehadiran lebih daripada 300 syarikat dari 48 negara. Katanya ini termasuk jenama terkemuka seperti Barzan Holdings, BlackBerry, 1AETOS & DRON, Systems Consultancy Services, SAMSUNG, ELMU E, Dahua Technology and U Mobile. "Acara ini akan menampilkan 109 syarikat […]

trending_flat

Kawallah penggunaan media sosial anak-anak

Oleh: Dr. Nor Hazrul bin Mohd. Salleh Dalam era digital yang semakin berkembang, media sosial telah menjadi elemen penting dalam kehidupan seharian. Namun, akses tanpa kawalan kepada platform ini, terutamanya oleh kanak-kanak bawah umur, telah menimbulkan kebimbangan yang serius dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan pihak berkuasa. Cadangan untuk menghadkan penggunaan media sosial kepada golongan ini telah dibangkitkan dengan tujuan melindungi kesihatan mental, fizikal dan perkembangan sosial mereka. Banyak kesan negatif media sosial terhadap kanak-kanak. Antaranya adalah ketagihan, buli siber, pendedahan kepada kandungan tidak sesuai dan tekanan sosial akibat perbandingan hidup yang sering tidak realistik. Kajian menunjukkan bahawa masa yang terlalu lama dihabiskan di media sosial boleh menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak, seperti peningkatan risiko kemurungan, kegelisahan dan rasa rendah diri. Oleh itu, menghadkan penggunaan media sosial dapat membantu melindungi kesejahteraan mereka. Selain itu, langkah ini juga akan memperkukuhkan hubungan sosial […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation