CADANGAN WUJUDKAN HUB KEUSAHAWANAN BAZAAR DISANDAKAN AKAN DITELITI: EWON
SANDAKAN, 21 Januari – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kementeriannya melalui agensi berkenaan akan meneliti cadangan pemimpin dan usahawan di sini untuk menaik taraf Agro Bazaar FAMA Batu 32 sebagai sebuah Hub Keusahawanan Bazaar. Beliau berkata, hub keusahawanan yang dicadangkan itu berkonsepkan RnR (Rehat dan Rawat) kerana kawasan itu adalah laluan lebuh raya Pan Borneo. “Saya mengadakan kunjungan ini bersama dengan agensi KUSKOP iaitu UDA Holdings untuk membuat penilaian awal kepada cadangan menaik taraf tempat ini sebagai hub keusahawanan berkonsepkan rehat dan rawat susulan penaiktarafan jalan perhubungan utama sebagai laluan lebuhraya Pan Borneo. “Saya telah diberikan taklimat mengenai konsep reka bentuk hub tersebut dan beberapa lagi cadangan keperluan lain daripada agensi dan jabatan yang turut hadir termasuk daripada FAMA. “Saya juga telah meminta perbincangan lanjut yang diketuai oleh FAMA, UDA Holdings, Majlis Perbandaran Sandakan, LPPB Sabah, […]