EWON LANCAR DOKUMEN PERANCANGAN STRATEGIK KUSKOP 2025
KUALA LUMPUR, 22 Januari 2025 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick melancarkan dokumen Perancangan Strategik Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Tahun 2025 dengan tema “Transformasi Melonjak Prestasi”. Beliau berkata, dokumen itu menggariskan 21 strategi, 5 pemboleh daya dan 196 program atau aktiviti termasuk 20 program perdana serta 6 KPI untuk tahun 2025. “Ia merangkumi aspek penggubalan dasar, tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan. “Pelaksanaan kesemua program dan projek yang dirancang akan memanfaatkan 508,498 usahawan dan bakal usahawan serta koperasi,” katanya ketika berucap menyampaikan Amanat Kepada Warga KUSKOP tahun 2025, di Dewan Menara Bank Rakyat, di sini, hari ini. Sehubungan itu, Ewon berharap komitmen semua warga Kementerian dan Agensi terus diperkasakan untuk membantu usahawan menggiatkan lagi aktiviti perniagaan mereka. Beliau yakin, pendekatan yang dirangka di bawah […]