• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Steven Sim kongsi kemeriahan CNY di rumah warga emas Bukit Mertajam

Spread the love
SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA FACEBOOK, STVEN SIMS

PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkongsi kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina di rumah warga emas di Bukit Mertajam.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas itu

“Tahun Baru Cina ini, saya berkongsi sedikit kemeriahan dengan ‘uncle aunty’ yang tinggal di rumah warga emas di Bukit Mertajam.

“Di kalangan mereka ada yang uzur dan kurang sihat. Namun, senyuman di wajah mereka ketika saya datang melawat dan menyampaikan angpau menyentuh jiwa saya,” katanya di Facebook.

Beliau turut berterima kasih kepada sahabatnya yang dikenali sebagai Dr Han Lim yang menguruskan rumah warga emas itu.

“Terima kasih Dr Han Lim, sahabat saya, yang menguruskan rumah jagaan warga mas Permai Senior Club ini. Beliau amat berdedikasi menjaga setiap warga mas yang menghuni di sana.

“Setiap mereka dijaga seperti ahli keluarga beliau sendiri.

“Saya doakan agar uncle aunty akan dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan di tahun baru ini,” katanya.

“Buat yang sedang menemani keluarga mereka di kampung, genggam erat tangan ibu bapa, bingkaikan senyuman di wajah mereka dan abadikan kenangan tersebut kerana detik-detik berharga ini tidak akan berulang lagi,” tambahnya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation