• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Kerajaan Madani komited pastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan

Spread the love
(SUMBER GAMBAR: SOSIAL MEDIA X, DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL)

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan Madani komited untuk memastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan.

Beliau berkata semalam telah membuat lawatan mengejut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar bagi meninjau sendiri keadaan aliran keluar masuk di pintu sempadan ini.

“Kerajaan Madani komited untuk memastikan kelancaran pergerakan di pintu sempadan tanpa berkompromi dengan aspek keselamatan negara,” katanya di Facebook.

Beliau berkata lawatan mengejut itu dibuat selepas menghadiri satu program di Alor Setar semalam.

Menurut Saifuddin, baru-baru ini beliau telah menerima beberapa aduan serta rungutan berkaitan isu kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar.

“Justeru, saya ingin melihat sendiri keadaan di lapangan serta meneliti keberkesanan sistem yang sedang digunakan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) komited untuk terus menambah baik operasi kawalan sempadan ini,” katanya.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation