PUTRAJAYA: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata kementeriannya akan terus mengadakan sesi libat urus bagi meneliti setiap maklum balas berkaitan bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum berjalan lancar serta ditambah baik dari semasa ke semasa.
Beliau berkata telah mengarahkan supaya kajian lanjut dijalankan dengan menimbangkan pelaksanaan dasar baharu itu berdasarkan beberapa aspek termasuk mengikut kawasan geografi dan sebagainya.
“Saya sudah memberi arahan untuk kajian seterusnya. Kita akan teruskan sesi libat urus untuk menerima maklum balas dari semua pihak.
“Tetapi kita juga akan membuat kajian unuk melihat kesesuaian pelaksanaan kadar gaji minimum ini mengikut perbezaan contohnya dari segi geografi dan dari segi dan keadaan ekonomi sesuatu kawasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) yang menyenaraikan empat pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan gaji minimum baharu yang lebih seimbang termasuk meminta kadar itu tidak dijadikan penanda aras gaji permulaan dalam industri di negara ini.
Semalam, Presiden FMM, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, gaji minimum sebanyak RM1,700 perlu dilaksanakan secara berbeza mengikut negeri dan industri, meningkatkan pembabitan pemegang taruh dalam dasar terbabit selain penyediaan langkah sokongan terhadap cabaran kenaikan gaji kepada kos operasi perniagaan.
Menurut Steven, cadangan itu semua akan dipertimbangkan dalam kajian seterusnya.
Dalam pada itu, Steven menjelaskan syarikat kecil diberikan tempoh sehingga Ogos 2025 walaupun kadar baharu itu berkuat kuasa semalam.
“Memang kita ada pertimbangkan pelbagai model pelaksanaan dalam kita melaksanakan kadar baru ini yang dilihat lebih sesuai untuk satu kadar yang seragam di seluruh negara untuk masa sekarang, tetapi kajian berterusan akan dijalankan,” katanya.
Tambahnya, adalah penting untuk melihat keputusan kenaikan kadar gaji minimum kepada RM1,700 telah dibincangkan secara menyeluruh dalam Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang dianggotai oleh wakil kerajaan, majikan dan pekerja.
Katanya, kenyataan media, sudah tentu ada pihak yang kata terlalu sikit, ada pihak yang kata terlalu banyak tetapi harus mengimbangkan antara kepentingan khususnya untuk pekerja.
“Saya juga melihat kenyataan media contohnya Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Dewan Perniagaan dan juga FMM rata-rata mereka bersetuju dengan pelaksanaan ini.
“Jadi saya rasa ini adalah satu petanda baik yang mana majikan, wakil majikan juga mengalu-alukan pelaksanaan gaji minimum,” katanya.
Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) juga sentiasa mengambil pendekatan terbuka dalam menerima cadangan dan pandangan daripada semua pihak melalui sesi libat urus dan perbincangan dengan pemegang taruh yang diadakan dari semasa ke semasa.
“Tapi saya akan lengkapkan semua sesi libat urus ini dengan satu ‘town hall’ mega saya fikir akan diadakan dalam seminggu, dua yang akan datang,” katanya.
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment