PUTRAJAYA: Kawalan Perbatasan dan Sempadan (KPS) bukan sekadar untuk memastikan kelancaran pergerakan tetapi lebih penting adalah memastikan keselamatan laluan di darat, udara, dan laut, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata pelancaran KPS yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menandakan komitmen kerajaan Madani dalam memastikan kawalan sempadan negara lebih sistematik dan berkesan dengan penubuhan sebuah agensi tunggal.
“Saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta semua kementerian dan agensi yang terlibat dalam merealisasikan penubuhan KPS ini,” katanya.
Menurut Saifuddin sebagai sebuah agensi baharu, KPS mempunyai beberapa Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan iaitu kecekapan sistem penyampaian.
Beliau berkata KPS menggabungkan pelbagai agensi yang sebelum ini bertanggungjawab mengawal sempadan negara.
“Dengan adanya agensi tunggal ini, sistem penyampaian akan menjadi lebih cekap dan tersusun,” katanya.
Mengulas lanjut, KPI seterusnya adalah kelancaran pergerakan orang dan barangan.
Beliau berkata pergerakan orang dan barangan mestilah lancar tanpa banyak kerenah birokrasi.
“Dengan pengurangan red tape, proses keluar masuk akan menjadi lebih mudah dan teratur,” katanya.
Tambahnya, KPI KPS lain adalah peningkatan kutipan hasil negara.
Beliau berkata di bawah KPS, Jabatan Kastam turut memainkan peranan utama dalam kutipan hasil negara.
Katanya, oleh itu, peningkatan kutipan cukai akan menjadi salah satu KPI penting yang perlu dicapai.
Saifuddin berkata peningkatan integriti iaitu dengan sistem kawalan yang lebih jelas dan garis arahan yang teratur, tahap integriti dalam pengurusan sempadan akan dipertingkatkan.
Beliau berkata keselamatan, ekonomi, dan kesihatan awam iaitu tiga elemen utama ini menjadi asas kepada KPI keseluruhan KPS.
“Keamanan dalam negara, kestabilan ekonomi melalui kawalan sempadan, serta langkah-langkah kesihatan awam terutama selepas pengalaman pandemik COVID-19 akan menjadi keutamaan KPS,” katanya.
Sementara itu, KPS akan mempunyai skim perkhidmatannya sendiri.
Beliau berkata namun, buat masa ini, tiada perjawatan baharu diwujudkan.
“Sebaliknya, anggota dari agensi sedia ada seperti Kastam dan Polis akan diserap ke dalam struktur KPS.
“Sebagai contoh, sebanyak 1,090 anggota Kastam telah ditempatkan di bawah KPS untuk menjalankan tugas pemeriksaan, taksiran, dan kutipan bayaran,” katanya.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata bagi fasa awal operasi, KPS akan berfungsi di 19 pintu masuk utama daripada jumlah keseluruhan 141 pintu masuk rasmi negara.
Katanya, keutamaan diberikan kepada lapangan terbang antarabangsa yang mempunyai trafik tinggi seperti KLIA, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, dan Kuching. Data yang dikumpulkan dari fasa pertama ini akan menentukan langkah seterusnya dalam pengembangan operasi KPS.
Menurutnya, KPS akan bekerjasama dengan agensi lain seperti Polis Marin dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam menjaga keselamatan sempadan laut, udara, dan darat.
Katanya, fungsi utama setiap agensi dikekalkan, tanpa berlaku pertindihan tugas.
“Konsep ini bukanlah sesuatu yang baharu. Sebelum ini, model yang sama telah berjaya dilaksanakan dalam penubuhan ESSCOM serta APMM, yang berasal daripada gabungan pelbagai agensi penguatkuasaan maritim.
“KPS merupakan satu langkah besar dalam memastikan keselamatan dan kestabilan negara,”
Please login or subscribe to continue.
No account? Register | Lost password
✖✖
Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.
✖
Be the first to leave a comment