• arrow_back Home
  • keyboard_arrow_right AM

Malaysia ambil tindakan bebas dan berkecuali berdepan ketidaktentuan geopolitik – Anwar

Spread the love
YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim
Perdana Menteri Malaysia (Foto : YouTube Parlimen Malaysia)

KUALA LUMPUR: Malaysia mengambil tindakan bebas dan berkecuali dalam berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berlaku di peringkat global, termasuk perubahan dasar yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia tidak boleh mengambil tindakan terlalu pantas dalam memberi reaksi itu kerana dasar boleh berubah dalam masa yang singkat.

Katanya, umpamanya pengumuman Trump semalam, yang menangguhkan tarif ke atas Mexico dan Kanada, hanya beberapa jam sebelum langkah itu dijadualkan berkuat kuasa.

Menurut Anwar, melalui dasar yang disepakati ASEAN, Malaysia membuka jaringan dengan semua negara.

“Ada perubahan pagi semalam, bila beliau tidak akan teruskan dan memberi penangguhan pelaksanaan tarif untuk Kanada dan Mexico.

“Jadi, dalam tempoh sebulan ini, perubahan dasar dijangka berlaku atau dikekalkan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Menurut Anwar, apa yang Malaysia lakukan selama ini adalah, pertama, dasar yang bebas dan berkecuali tetapi secara agresif membuka jaringan degan negara lain, umpamanya Afrika, melalui Afrika Selatan, Euthopia, Amerika Latin, Brazil dan Peru, selain membuka pendekatan lebih baik dengan China dan Russia.

Katanya, dengan jaringan ini, beliau percaya boleh membantu dari sudut memberi ruang pelaburan baharu dan membuka peluang meningkatkan eksport ke negara lain.

Beliau menjawab soalan asal Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai kedudukan Malaysia terhadap perang perdagangan dunia yang dicetuskan daripada pelaksanaan tarif oleh Trump dan sama ada Malaysia akan berdiri bersama negara China, Kanada dan Mexico, selain langkah kewangan dan fiskal untuk melindungi ekonomi dan rakyat Malaysia daripada kesan tarif itu.

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation