KITA GEMPUR – KPDN SERBU 3 PREMIS BERASINGAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI PENYELEWENGAN BARANG KAWALAN BERSUBSIDI
PUTRAJAYA 18 Januari 2025 - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah melakukan 3 serbuan berasingan di bawah pelaksanaan inisiatif KITA GEMPUR melibatkan aktiviti penyelewengan dan ketirisan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi pada 15 dan 16 Januari 2025. Menurut KPDN, serbuan pertama telah dilakukan oleh sepasukan anggota penguat kuasa KPDN Putrajaya pada 15 Januari 2025 yang bermula kira-kira jam 2.00 petang di sebuah premis tanpa nama di Jalan Kampung Sawah, Rantau, Negeri Sembilan berkaitan aktiviti decanting iaitu memindahkan gas daripada tong berkapasiti 14kg bersubsidi kepada tong berkapasiti 50kg untuk kegunaan industri bukan bersubsidi. "Hasil pemeriksaan lanjut, premis itu juga tidak mempunyai lesen yang sah di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] untuk menjalankan urus niaga berkaitan barang kawalan. Modus operandi sindiket adalah dengan mendapatkan bekalan LPG bersubsidi berkapasiti 14kg daripada pemborong berlesen di sekitar daerah […]