Berlaku penurunan kes penyeludupan diesel selepas penyasaran subsidi
PUTRAJAYA, 4 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus memperhebat tindakan penguatkuasaan ke atas aktiviti penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi terutamanya minyak diesel serta petrol RON95 di seluruh negara selepas penyasaran subsidi diesel di Semenanjung Malaysia yang bermula 10 Jun 2024. Menurut Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu kenyataan hari ini, berdasarkan perbandingan bagi tempoh 20 hari sebelum dan selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel, jumlah kes yang melibatkan penyelewengan minyak diesel telah menunjukkan penurunan signifikan. "Bagi tempoh 20 Mei 2024 hingga 9 Jun 2024, jumlah kes yang telah direkodkan ialah sebanyak 65 kes dengan rampasan diesel sebanyak 520,803 liter. Manakala bagi tempoh 10 Jun 2024 hingga 30 Jun 2024, iaitu 20 hari selepas penyasaran subsidi ini dilaksanakan, statistik menunjukkan penurunan drastik dengan hanya 14 kes telah direkodkandi seluruh negara melibatkan jumlah […]