MCMC dalam proses lengkapkan kerangka perlesenan ke atas penyedia perkhidmatan dalam talian
KUALA LUMPUR, 19 Mac 2024 - Cadangan penguatkuasaan pelesenan ke atas penyedia perkhidmatan dalam talian sedang diperhalusi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dalam proses melengkapkan kerangka perlesenan tersebut. Menurut Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika menjawab soalan lisan dari Ahli Parlimen Jempol di Dewan Rakyat hari ini, cadangan penguatkuasaan pelesenan ini disasarkan kepada penyedia perkhidmatan media sosial dan perkhidmatan pemesejan internet (Internet Messaging Services) yang boleh diakses oleh penggunadalam Malaysia mengikut kriteria penilaian yang akan ditetapkan. "Cadangan penguatkuasaan pelesenan yang bersasar ini juga dianggap sepadan (proportionate) memandangkan ketersediaan kandungan mudarat yang tinggi di dalam platform media sosial dan pemesejan internet. Langkah cadangan kawal selia ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam talian (online safety) serta menangani kandungan yang bertentangan dengan perundangan negara. Ia juga seiring dengan pendekatan dan perkembangan global semasa dan bukan bertujuan untuk menyekat […]