trending_flat

Jangan dicampur-adukkan tuntutan berkeluarga dengan ketetapan hukum fiqah

Oleh: Dr. Mahyudin Daud Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga (Aldin Nasrun - Unsplash) Kehidupan berkeluarga menurut ajaran Islam adalah dibina atas dasar ketenangan (sakinah), kasih sayang (mawaddah) dan hormat menghormati (rahmah). Ia sama sekali menolak cara hidup berkeluarga yang mengutamakan maslahah bersifat kebendaan (maddiyyah) dan kepentingan peribadi (ithar). Islam telah menetapkan hak-hak tertentu ke atas setiap individu dalam sebuah keluarga yang mana hak-hak tersebut bukan sahaja perlu ditunaikan sebagai satu tanggungjawab bahkan menjadi taklifan bersifat syarie yang akan dihisab di hari perhitungan. Melaksanakan hak-hak tersebut adalah suatu tanggungjawab sementara mengabaikan tuntutan itu dianggap pelanggaran terhadap hukum syarak. Sebab itulah, setiap pasangan dianjurkan supaya memahami dan menghayati hak-hak individu dalam rumahtangga sebelum memasuki gerbang perkahwinan bagi menjamin tertegaknya sebuah rumahtangga yang harmoni sesuai matlamatnya menurut syariat Islam. Para fuqaha dengan kelayakan istinbat dalil-dalil al-Quran […]

trending_flat

MYDIN LANCAR KEMPEN ‘SHINE BRIGHT THIS DEEPAVALI

SELANGOR, 1 OKTOBER 2024: Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) melancarkan kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kempen tersebut bertujuan menawarkan penjimatan, peraduan dan menyediakan pelbagai promosi persiapan sempena perayaan tersebut. Majlis pelancaran kempen ‘Shine Bright This Deepavali’ tersebut telah disempurnakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami di MYDIN Subang Jaya. Sepanjang kempen berlangsung MYDIN turut bekerjasama dengan SMS Deen Jewellers bagi menawarkan ganjaran barangan kemas bernilai keseluruhan RM120,000 bagi pelanggan bertuah yang berbelanja serendah RM150 di dalam satu resit di mana-mana cawangan MYDIN. Manakala, pelanggan bertuah yang membeli barang kemas di SMS Deen Jewellers serendah RM1,500 berpeluang memenangi hadiah ‘hypermarket sweep’ dengan nilai keseluruhan RM45,000. Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin, “Pelanggan kami berlatarbelakangkan pelbagai kaum. Justeru itu, kempen seumpama ini bertujuan untuk menghargai sokongan mereka dan berkongsikemeriahan sambutan […]

trending_flat

Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang: Pesta Rakyat Penuh Inovasi dan Semangat Komuniti di Miri

oleh: Cik Saedah Manaf sumber gambar:https://www.facebook.com/K.PETRAMalaysia Program MADANI Rakyat 2024 Sarawakku Sayang telah melabuhkan tirainya dengan meriah pada hari Ahad lepas selepas tiga hari berlangsung di Pekarangan Boulevard Miri. Program ini bukan sahaja telah berjaya menarik lebih 300,000 pengunjung dari seluruh Sarawak, malah memberi kenangan indah dan manis semua pengunung apabila mereke dihidangkan dengan gabungan elemen kesejahteraan rakyat, inovasi teknologi, dan semangat komuniti sepanjang program berlangsung. Dari awal lagi, suasana di sekitar lokasi acara mencerminkan keterujaan yang dirasai oleh setiap pengunjung. Berjalan di sekitar karnival, para tetamu disambut dengan deretan food trucks, kedai Jualan Rahmah, dan Sarawak Kitchen yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan. Tidak ketinggalan, coffee corner yang menjadi tumpuan pengunjung yang ingin menikmati kopi lazat sambil menikmati suasana yang meriah. Program ini juga telah membawa lebih daripada 200 perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan terus kepada rakyat, memperlihatkan komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat […]

trending_flat

Al-Quran penyelamat dari kesesatan

Oleh: Dr. Selamat Amir Isu penyelewengan dan kesesatan dalam ajaran Islam bukanlah isu yang baharu. Namun pendedahan terhadap kesesatan dan kejelekan ajaran GISBH serta pengikutnya pada ketika ini telah membuka semula mata semua pihak terhadap keburukan dan kesan akibat kejahilan pengamal ajaran sesat yang jelas bertentangan dengan akidah Islam khususnya akidah Ahli Sunnah Waljamaah yang menjadi iktikad dan pegangan umat islam di Malaysia malah seantero dunia. Malah lebih teruk dan jijik apabila gerakan ini tanpa segan silu mempergunakan ‘nama agama’ demi mengaut keuntungan dan kesenangan. Realitinya, ajaran yang menyesatkan inilah sebenarnya telah merosakkan hampir keseluruhan rantaian hubungan sosial, etika moral, akhlak, ekonomi dan kepercayaan yang menjadi asas kekuatan dan tunjang hidup beragama. Berselindung dibalik tabir bertopengkan agama, waima dari aspek penampilan seakan ‘ustaz atau wali’ ataupun melalui kata-kata indah seakan ‘tok guru atau mufti’, kebanyakan ajaran yang menyeleweng ini akan […]

trending_flat

FESTIVAL PELANCONGAN BUDAYA: FESTIVAL CAKLEMPONG 2024

SEREMBAN, 30 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan dan Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Pelancongan Budaya : Festival Caklempong 2024 bermula pada 27 hingga 29 September 2024 bertempat di GEMBOX Nilai, Negeri Sembilan. Festival Caklempong 2024 merupakan platform utama dalam mempromosi dan mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta dapat meningkatkan kefahaman dan aprisiasi seni masyarakat ke arah pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Memperluaskan skop pelaksanaan program dan tidak hanya memfokus kepada Caklempong sahaja malah melibatkan pelbagai kesenian dan kebudayaan merangkumi makanan tradisi, persembahan pentas, kraftangan, memberi pendedahan dan peluang penggiat seni peringkat negeri untuk menyertai acara persembahan dan pertandingan – pertandingan yang dianjurkan. Program ini juga berperanan sebagai pusat rujukan dalam menghasilkan karya kreatif, inovatif, berkualiti dan berprestij. Festival Caklempong 2024 telah menyediakan peluang dan ruang berkarya […]

trending_flat

BINTAI KINDEN CADANG PELAN REGULARISASI UNTUK KELUAR DARI STATUS PN17

Langkah strategik untuk keluar PN17, disokong oleh pelan pengurangan modal dan kepelbagaian PETALING JAYA, 27 SEPTEMBER 2024 – Bintai Kinden Corporation Berhad ("BKCB" atau "Syarikat"; Bursa: BINTAI, 6998), pakar perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal ("M&E"), pengeluar peranti perubatan dan pengendali kemudahan, hari ini mengumumkan Cadangan Pelan Regularisasinya, satu inisiatif holistik yang bertujuan untuk menstruktur semula operasi Syarikat, mengukuhkan kedudukan kewangannya, dan memastikan trajektori pertumbuhan masa depannya. Pelan itu, tertakluk kepada kelulusan Bursa dan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (“EGM”) yang akan datang, menandakan satu langkah penting dalam strategi BKCB untuk meningkatkan status Nota Amalan 17 (“PN17”) dan memastikan kemampanan jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada Cadangan Pelan Regularisasi, BKCB sedang melaksanakan langkah strategik untuk meningkatkan kesihatan kewangannya dan menyokong pertumbuhan masa depan. Komponen utama ialah Cadangan Kepelbagaian ke dalam sektor pembinaan, yang akan melengkapkan teras perniagaan kejuruteraan M&Enya. Kepelbagaian […]

trending_flat

Keseimbangan dalam memenuhi keperluan keuntungan dan etika industri halal

oleh: Juliana Anis Ramli Keseimbangan desakan dan motivasi antara pengguna dan pemain industri amat diperlukan dalam menangani isu halal (Nahrizul Adib Kadri - Unsplash) Istilah 'halal' berasal dari bahasa Arab, yang didefinisikan sebagai sesuatu yang 'dibenarkan' atau 'diizinkan', telah digunakan secara meluas dalam pelbagai aspek terutama sekali merujuk kepada perihal makanan sebagai memenuhi tuntutan agama. Pertambahan penduduk Islam dunia dan kuasa beli yang tinggi merupakan pendorong utama kepada kemajuan pesat dan pertumbuhan industri halal. Oleh itu, Malaysia telah menjadi peneraju yang diiktiraf sebagai hab halal antarabangsa. Industri halal memainkan peranan penting dalam menyumbang sumber utama ekonomi negara dan dijangka meningkatkan ekonomi dengan anggaran USD 8 trilion menjelang 2030. Peranan syarikat pengeluaran makanan halal Syarikat pengeluar makanan halal memainkan peranan yang sangat relevan dan signifikan terhadap pembangunan ekonomi negara. Di samping itu, permintaan yang tinggi terhadap makanan halal dapat menggalakkan syarikat […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation