trending_flat

MITI jana potensi eksport bernilai RM2.65 billion ke Pakistan

Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) telah berjaya menjana potensi eksport bernilai RM2.65 bilion dan potensi pelaburan sebanyak RM100 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang semasa Lawatan Rasmi Sulung Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim ke Republik Islam Pakistan dari 2 hingga 4 Oktober 2024. Menurut MITI, potensi eksport dan pelaburan tersebut melibatkan sektor seperti minyak sawit, kayu, baja, petrokimia oleokimia, pemprosesan makanan, dan farmaseutikal. Lawatan itu turut disertai Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz. Semasa lawatan rasmi tersebut, Tengku Zafrul telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya, TYT Jam Kamal Khan, Menteri Perdagangan Pakistan, bagi membincangkan cadangan semakan semula Perjanjian Perkongsian Ekonomi Lebih Rapat Malaysia-Pakistan (MPCEPA) dan potensi kerjasama dalam sektor seperti makanan, pertanian, halal, sektor IT serta rantaian bekalan. “Malaysia komited untuk memantapkan lagi kerjasama ekonomi yang lebih kukuh bersama Pakistan dalam bidang yang […]

trending_flat

NRW akan ditambah baik

PUTRAJAYA, 4 OKTOBER 2024 – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) telah merangka cadangan penambahbaikan Program Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water – NRW) Kebangsaan dalam usaha meningkatkan pengurusan air di seluruh negara. Menurut PETRA, cadangan itu melibatkan kos sebanyak RM2.525 bilion dan telah dipersetujui olehJemaah Menteri pada 24 Julai 2024. Program itu akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran dan program tersebut akan dijalankan bermula tahun 2025 sehingga 2030 melalui pembiayaan geran. Program itu merangkumi dua pendekatan : Pendekatan 1 melibatkan penggantian paip kritikal dan penyelesaian NRW holistik di enam negeri iaitu Negeri Pahang, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan WP Labuan. Pendekatan 2 bagi negeri-negeri lain seperti Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Kedah, dengan kadar imbuhan balik secara prorata untuk menggalakkan penyertaan operator air. "Melalui Belanjawan 2025, Kerajaan turut mencadangkan peruntukan […]

trending_flat

Surat Senarai Status Halal beberapa jenama Restoran Terkenal JAKIM Sah

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Tular di media sosial satu surat dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memaklumkan bahawa beberapa restoran popular tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) iaitu Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi, Ayam Penyet Best dan Bungkus Kaw Kaw. Akibat daripada tularnya surat ini hanya dalam bentuk imej tanpa maklumat terperinci tentang sumber atau penerangan yang jelas, timbul pelbagai persoalan daripada pengguna media sosial tentang kesahihan surat berkenaan dan status halal premis makanan yang disebut. Restoran-restoran terlibat juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara sama. STATUS: BENARPENJELASAN: Surat yang tersebar adalah sahih. Ia dijana melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) apabila diajukan soalan tentang status halal premis yang dinyatakan.

trending_flat

Gempa bumi kuat di Rantau Mauritius-Reunion

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Rantau Mauritius-Reunion pada jam 3:19 pagi hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) melaporkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Maklumat kejadian itu seperti mana dilaporkan oleh MET Malaysia adalah seperti berikut : Waktu Kejadian: 3:19 pagi, 27 September 2024Koordinat: 17.2° Selatan 66.7° TimurLokasi: Rantau Mauritius-ReunionMagnitud: 6.0Jarak: 3,283km Tenggara dari Mombasa, KenyaKedalaman: 38 km “Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.” kata MET Malaysia.

trending_flat

Tiada ‘Gua Kosong Dan Besar’ di bawah Bandaraya Kuala Lumpur

Oleh JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) Susulan peristiwa kehilangan seorang warga India akibat kejadian tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, timbul pelbagai spekulasi. Antara yang terkenal adalah artikel yang didakwa hasil tulisan ‘Dr. Sarah Jamal’ yang kononnya seorang ahli geologi di Jabatan Geologi Universiti Malaya. Artikel itu mendakwa bahawa Kuala Lumpur seolah-olah sebuah bandar yang dibina di atas ‘atap’ sebuah gua raksasa yang besar dan kosong. Oleh itu, JomCheck telah menerima pertanyaan dari orang ramai tentang kesahihan perkara ini. Hasil penelitian JomCheck mendapati bahawa Jabatan Geologi Universiti Malaya telah mengeluarkan kenyataan berhubung isu ini yang turut dilaporkan rakan JomCheck, Astro Awani: STATUS: TIDAK BENAR PENJELASAN: Ketua, Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Meor Hakif Amir Hassan mengesahkan berlakunya penyamaran identiti penulis artikel serta menafikan fakta yang […]

trending_flat

Tiada Arahan Spesifik Menjerang Air Tapisan Mesin Penapis Air Oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS)

Oleh : JomCheck View this post on Instagram A post shared by JomCheck (@jomcheck) JomCheck menerima satu pertanyaan menerusi ‘direct message’ di aplikasi TikTok tentang mesej tular yang memberi peringatan kepada orang ramai untuk kekal berwaspada dengan penyakit Gastroenteritis Akut (AGE) atau cirit-birit berikutan kes tersebut yang berlaku di Sabah. Antara perkara yang ditekankan di dalam mesej tersebut adalah peringatan untuk menjerang air walaupun ia telah ditapis mesin penapis air bagi memastikan air berkenaan lebih selamat untuk diminum sekaligus dapat mengelakkan penyakit AGE. Hasil semakan JomCheck mendapati bahawa hantaran berkenaan telah menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. STATUS: TIDAK BENARPENJELASAN: Nasihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah dicampur aduk dengan nasihat menjerang air tapisan mesin penapis air. Sumber: Harian Metro

trending_flat

Perpaduan melalui Seni Budaya perkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum

PUTRAJAYA, 18 September 2024 - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Festival Budaya Putrajaya 2024 yang bertemakan “Perpaduan melalui Seni Budaya” selama tiga (3) hari bermula 20 hingga 22 September 2024 bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya. Menurut MOTAC, program itu akan menampilkan pelbagai aktiviti seni, budaya, warisan serta pelancongan dan ia terbuka kepada orang awam. "Matlamat utama penganjuran program ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum, sambil mengetengahkan seni dan warisan Malaysia kepada pelancong tempatan dan antarabangsa. Program ini dijangka dapat meningkatkan kesedaran umum tentang pentingnya memelihara dan mempromosikan warisan budaya Malaysia yang kaya dan unik." kata MOTAC. Program yang menjadi tumpuan orang ramai setiap tahun tersebut diteruskan atas saranan YAB Perdana Menteri untuk menjadikannya sebuah program tahunan/ signature program kerana berpotensi untuk menarik kemasukan pelancong asing. […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation