trending_flat

KAMPUNG DIGITAL JADI PENANDA ARAS PROJEK SISTEM ALAMAT NASIONAL

Oleh: Melaka Hari Ini MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh pada sidang media selepas Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Antara Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Dengan Kerajaan Negeri Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman KUALA LUMPUR 6 Januari – Inisiatif Kampung Digital Melaka (KDM) akan dijadikan ‘projek rintis’ bagi Sistem Alamat Nasional (NAS) bertujuan mewujudkan sistem alamat yang seragam dan berwibawa di seluruh negara. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata projek yang dilaksanakan itu dianggap sebagai satu pencapaian besar untuk Negeri Melaka dan langkah penting ke arah memastikan setiap kediaman seluruh negara mempunyai alamat lengkap serta seragam. “Tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kerana mempelopori inisiatif Kampung Digital ini. “Ia menjadi penanda aras kepada rangka kerja NAS,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif […]

trending_flat

Sembilan Pasukan Masuk Gelanggang, Rebut Piala YB Helmy

MOHD Noor Helmy (tengah) bergambar bersama pasukan pertama yang menyertai perlawanan itu selepas dilancarkan di Padang Bola Taman Seri Duyong 2. DUYONG 3 September – Sembilan pasukan diwakili anak muda sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong akan beraksi pada Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, sepak mula Liga Bola Sepak #Duyongkita Piala YB Helmy berlangsung 1 September lalu membabitkan enam pasukan di Padang Bola Sepak Taman Seri Duyong 2. Mohd Noor Helmy yang juga Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri berkata, pelawanan dijadualkan setiap Ahad sepanjang bulan ini dengan aksi final dijangka pada awal Oktober nanti. “Perlawanan dibahagikan kepada dua sesi iaitu jam 8 pagi dan 4 petang dengan penyertaaan 135 anak muda sekitar DUN Duyong yang mewakili sembilan pasukan. “Sebagai Adun kawasan, […]

trending_flat

Husain Beladar ‘arkitek’ penjara Malaysia

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI BANDA HILIR 26 Ogos 2024 – “Tidak pernah terlintas di fikiran yang saya akan diberi penghargaan dan penghormatan sebegini, apa yang saya lakukan sebelum ini sudah menjadi tanggungjawab,” itu kata Tokoh Jabatan Penjara Malaysia, Husain Beladar. Husain, 87, adalah bekas Pengarah Pembangunan Penjara Malaysia yang juga individu bertanggungjawab atau ‘arkitek’ dalam membina beberapa fasiliti penjara termasuk bangunan ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia di Kajang, Selangor. Anak kelahiran Ketereh, Kelantan itu berkhidmat bersama Jabatan Penjara selama 32 tahun sebelum bersara pada 1988. Dia berasa amat teruja apabila dimaklumkan akan diadakan Pameran Memoir Tuan Husain Beladar di Muzium Penjara Malaysia, Melaka. “Teruja bukan sebab apa, kerana menerusi pameran yang diatur ini secara tidak langsung dapat berkongsi dengan orang ramai mengenai sejarah penjara di Malaysia. “Jauh di sudut hati saya berasa amat hiba kerana sumbangan […]

trending_flat

Tidak terfikir akan bergelar Datuk – Remy Ishak

Oleh : Nursaliawati Salberi / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 25 Ogos 2024 – “Mencari itu tidak, tetapi dianugerahkan itu dianggap sebagai satu hadiah. Syukur alhamdulillah,” itu kata aktor terkenal Remy Ishak. Pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak itu adalah antara 60 penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada sesi kedua Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang di- Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Istiadat Seri Negeri, hari ini. Menurutnya, hampir 20 tahun berada dalam industri seni tanah air, dirinya langsung tidak pernah terfikir akan dianugerahkan darjah kebesaran yang menjadi impian ramai. Jelas anak kelahiran Masjid Tanah itu, penganugerahan diterima daripada Kerajaan Negeri Melaka adalah antara pencapaian terbesar buat dirinya. “Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini, ini adalah sesuatu yang tidak […]

trending_flat

Sambutan Hari Kebangsaan gilang-gemilang di lokasi baharu

Oleh : Liana Sahabudin / MELAKA HARI INI SERI NEGERI 23 Ogos – Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir bagi bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Peringkat Negeri Melaka pada 31 Ogos ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad berkata, apa yang menarik adalah sambutan kali ini diadakan di lokasi baharu iaitu di Persiaran Jalan Merdeka, Banda Hilir. “Sambutan ini diadakan di lokasi baharu yang lebih selesa dan bersesuaian dengan namanya, ia menyediakan ruang atau parameter lebih luas serta besar. “Kita turut menjalankan penambahbaikan kemudahan untuk orang ramai seperti ‘Grand Stand’ Awam yang lebih banyak bagi keselesaan pengunjung,” katanya pada Wawancara Khas Bersama Melaka Hari Ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di sini semalam. Menurutnya, jumlah penyertaan perbarisan dan perarakan pula dijangka melebihi 10,000 orang mewakili 140 kontinjen pelbagai jabatan serta agensi kerajaan, badan berkanun negeri selain persekutuan. Jelas beliau, turut […]

trending_flat

Cuti 26 Ogos tidak wajib untuk pekerja swasta

Oleh : Mohamad Fazrul Abdul Majid / MELAKA HARI INI AYER KEROH 22 Ogos – Hari Kelepasan Am (Tambahan) sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka pada 26 Ogos ini (Isnin) tidak wajib diberikan kepada pekerja swasta. Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Melaka Naziyah Said memaklumkan, hari kelepasan am itu boleh menjadi pilihan oleh majikan dalam sektor swasta di negeri ini. Beliau bagaimanapun memaklumkan, sekiranya mana-mana majikan yang memilih cuti Sambutan Hari Jadi ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka sebagai hari kelepasan am, syarikat hendaklah memberikan cuti kelepasan am bergaji kepada pekerja pada 26 Ogos 2024. “Walau bagaimanapun, majikan boleh dengan persetujuan pekerja untuk menggantikan cuti tambahan tersebut pada hari lain (selain 26 Ogos) sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1A) Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan. Sebelum ini, Kerajaan Negeri Melaka telah mengisytiharkan 26 Ogos […]

trending_flat

Nur Adryana harumkan nama Melaka di Beijing

Oleh : Mohamad Fazrul Abdul Majid / MELAKA HARI INI AYER KEROH 22 Ogos 2024 – Anak kelahiran Melaka, Nur Adryana Aisya Abdul Shukor berjaya mengharumkan nama negara dan negeri ini apabila merangkul pingat emas pada 17th International Earth Science Olympiad Competition di Beijing, China, baru-baru ini. Dalam pertandingan yang berlangsung di Peking University, China, Nur Adryana Aisya, 16, yang merupakan peserta tunggal perempuan daripada empat wakil negara berjaya merangkul pingat emas menerusi Earth System Project yang dihasilkan. Malah, kejayaan itu turut meletakkan namanya sebaris dengan lima lagi pemenang pingat emas dari Amerika Syarikat, Jepun, Romania, Austria dan Belarus. Selain pingat emas daripada Nur Adryana, wakil Malaysia turut meraih satu perak dan lima gangsa pada olimpiad kali ini. Kejayaan Nur Adryana yang merupakan pelajar tingkatan 4 Kolej Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia dan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Tun […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation