trending_flat

Tips gigi sihat untuk peminat tegar kopi

Oleh: Dr Anas Hakimee Ahmad Ubaidillah, Dr Sofya Zulkiffli Pastikan pengambilan kopi ialah secara sederhana sahaja bagi mengelak mudarat berpanjangan kepada kesihatan gigi (Jakub Zerdzicki - Unsplash) Dalam memulakan kerja seharian, sesetengah individu perlu mengambil kopi bagi meningkatkan kualiti pekerjaan. Trend meminum kopi di Malaysia meningkat kerana munculnya banyak kedai kopi persendirian yang baru, mesin pengekstrakan kopi di rumah yang mampu milik dan individu ataupun perusahaan kecil yang berkebolehan memanggang biji kopi mereka sendiri. Sekumpulan penyelidik dari Eropah telah melihat pengambilan kopi di beberapa bahagian di dunia. Hasil daripada itu, pengambilan kopi di Asia per kapita adalah di antara 1 hingga 3 cawan sehari. Jumlah ini sebenarnya sedikit jika dibandingkan dengan Eropah dan benua Amerika, di mana mereka mengambil sebanyak 4 hingga 5 cawan sehari. Hidangan secawan kopi bukan lagi sebagai hanya satu minuman tetapi sudah menjadi kebiasaan dan rutin […]

trending_flat

Gigi ‘mati’ boleh hidup semula!

Oleh: Dr Fadzlinda Baharin Rawatan-gigi-yang-betul-mampu-menghidupkan-semula-struktur-gigi-yang-telah-rosak-Lafayett-Zapata-Montero-Unsplash.jpg Mempunyai gigi yang sihat dan lengkap merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga. Kempen ‘Gigi Sihat Sepanjang Hayat’ oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan betapa pentingnya setiap individu untuk menjaga sebaiknya kesihatan gigi agar mampu berfungsi seumur hidup. Antara fungsi utama gigi adalah untuk mengunyah makanan, pertuturan dan kecantikan. Struktur anatomi gigi terbahagi kepada enamel iaitu lapisan paling luar, diikuti oleh dentin iaitu lapisan kedua pada gigi. Dentin merupakan struktur berwarna putih kekuningan yang memberikan identiti unik pada gigi setiap individu. Pada bahagian tengah gigi, terdapat satu struktur yang sangat penting iaitu pulpa. Pulpa boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ untuk gigi. Di dalamnya terletak komponen penting seperti kapilari darah dan sistem saraf yang berfungsi memberi nutrisi kepada gigi agar ia kekal ‘hidup’. Kecederaan (trauma) pada gigi, penyakit karies (gigi berlubang) dan penyakit gusi boleh menyebabkan […]

trending_flat

Budaya ‘cosplay’ dalam kalangan remaja Islam: Antara minat dan hukum

Oleh: Dr. Ariyanti Mustapha  Dinamisme berfesyen dalam kalangan wanita sering mengalami perubahan sejajar dengan perkembangan zaman, masa, dan teknologi yang sentiasa berkembang. Perkembangan dalam berfesyen pada hari ini bukan sahaja diminati oleh golongan berkerjaya dan remaja, tetapi juga oleh perkembangan dalam penggunaan media sosial dan TikTok yang telah membawa pengaruh besar kepada dunia fesyen dalam kalangan remaja. Interaksi sosial dari pelbagai budaya, agama, dan cara hidup melalui perkembangan media sosial telah membawa paradigma dalam perubahan fesyen dan minat dalam kalangan remaja. Penulisan kali ini akan mengupas trend remaja pada masa kini yang sangat meminati watak-watak animasi dalam manga Jepun yang diterjemahkan melalui pemakaian baju yang dinamakan sebagai ‘Cosplay’.  Perkataan ‘Cosplay’ merupakan singkatan daripada perkataan “costume play” dalam bahasa Inggeris atau Kosupure dalam bahasa Jepun yang diperagakan dengan pelbagai jenis pakaian yang menggambarkan watak-watak yang diilhamkan daripada Manga (Komik Jepun), anime […]

trending_flat

Semangat maulid perbaharui cinta kita kepada Rasulullah, senjata perangi ajaran sesat

Oleh: Rusli Abdul Roni Sempena-maulid-Nabi-SAW-mari-kita-menilai-kembali-kecintaan-kita-kepada-apa-yang-sebenarnya-dibawa-oleh-Rasulullah-SAW-Mataq-Darul-Ulum-Unsplash.jpg Setiap kali bulan Rabiulawal tiba, umat Islam di seluruh dunia menyambut tarikh kelahiran Nabi Muhammad SAW dengan penuh makna, kegembiraan, dan kesyukuran menjadi umatnya. Rutin tahunan ini adalah momen penting untuk memperbaharui cinta kita kepada junjungan agung, Baginda Rasulullah SAW, serta memperkukuhkan kefahaman kita terhadap ajaran Baginda. Namun, di sebalik kegembiraan ini, terdapat cabaran yang tidak dapat dinafikan, iaitu kemunculan dan penularan ajaran sesat yang berlegar di tengah masyarakat Islam. Ajaran sesat ini bukan sahaja menggugat akidah umat Islam tetapi juga menyesatkan pemikiran serta mengaburkan kefahaman terhadap ajaran sebenar yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW. Ini terjadi kerana ada segelintir individu yang kurang memahami ajaran Islam atau terpengaruh oleh kumpulan yang menyimpang dari ajaran dan tauladan Rasulullah SAW. Walhal, Allah SWT telah menjelaskan dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu […]

trending_flat

KEPERLUAN SEGERA UNTUK MEWUJUDKAN AKTA KHUSUS BAGI POPULASI GELANDANGAN DI MALAYSIA

Oleh : Shahrizul Muiz  Isu berkaitan populasi gelandangan di Malaysia terus menghadapi cabaran yang serius, memperlihatkan bahawa rangka kerja perundangan sedia ada tidak mencukupi untuk menangani keperluan khusus kumpulan rentan ini. Pada masa ini, istilah "gelandangan" masih belum diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Malaysia, sekaligus mencipta kekangan yang ketara dalam pengurusan dan pemberian bantuan secara efektif kepada golongan ini. Akta yang diguna pakai sekarang, iaitu Akta Orang-Orang Papa 1977, hanya mengklasifikasikan gelandangan di bawah istilah umum "orang papa", yang tidak sepenuhnya menggambarkan pelbagai keadaan yang dialami oleh populasi gelandangan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertanggungjawab untuk menguruskan golongan orang papa. Namun begitu, mandat yang diberikan tidak merangkumi sepenuhnya kategori gelandangan, khususnya mereka yang menghadapi masalah penyakit kronik, kesihatan mental, dan ketagihan dadah. Pada tahun 2022, kerajaan persekutuan pernah mengumumkan cadangan untuk menggubal akta khas […]

trending_flat

Menyimbang kecemerlangan akademik dan nilai modal insan

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Masyarakat kini sering dihadapkan dengan cabaran untuk mencapai kecemerlangan akademik. Pelajar terpaksa bersaing dengan rakan sebaya mereka untuk mendapatkan pencapaian terbaik, namun dalam kesibukan tersebut, penting untuk tidak mengabaikan nilai modal insan. Modal insan merujuk kepada kualiti dan nilai diri yang perlu dihasilkan melalui pendidikan dan pengalaman seharian. Mencari keseimbangan antara kedua-dua aspek ini iaitu, kecemerlangan akademik dan nilai modal insan, ia adalah kunci untuk pembangunan individu yang holistik dan berintegriti selari dengan konsep ihsan yang dituntut Islam. Dalam hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana Amalan Pendidikan Anti-Bias (APAB) diperkenalkan sebagai proses pendidikan. Pembentukan jatidiri perlu dibentuk diperingkat sekolah rendah lagi, sama ada dilaksanakan secara formal atau tidak formal bagi mengubah corak pemikiran serta tingkah laku masyarakat supaya menjadi lebih peka dan prihatin terhadap persamaan hak kemanusiaan. APAB diwujudkan bagi membantu negara mencapai matlamat membina […]

trending_flat

Memperkukuhkan hubungan antara ASEAN, Taiwan dan Korea Selatan

Oleh Dr Nurliana Kamaruddin (Gambar ibu pejabat ASEAN di Jakarta, Wikimedia Commons) Tidak dapat dinafikan bahawa dalam dekad kebelakangan ini rantau Asia Tenggara semakin menjadi tumpuan kuasa-kuasa besar untuk membina kerjasama ekonomi, keselamatan dan politik. Ini bukan sahaja kerana kedudukan geografi rantau ini tetapi pembangunan ekonomi dan infrastuktur yang pesat juga membuka banyak peluang pelaburan dan pasaran baru. Bagi anggota Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), dominasi China dan Jepun sebagai kuasa ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia tidak dapat dinafikan. Kedua-dua negara ini juga mempunyai hubungan mendalam serta memainkan peranan yang besar dalam sejarah pembangunan negara-negara Asia Tenggara. Namun demikian, negara-negara ASEAN juga perlu mengambil kesempatan untuk terus memperkukuhkan hubungan dengan ekonomi-ekonomi dan kuasa pertengahan lain di Asia Timur seperti Taiwan dan Korea Selatan. Taiwan dan Korea Selatan telah mengambil langkah proaktif dengan mengetengahkan hubungan diplomatik dengan negara-negara ASEAN sejak […]

Login to enjoy full advantages

Please login or subscribe to continue.

Go Premium!

Enjoy the full advantage of the premium access.

Stop following

Unfollow Cancel

Cancel subscription

Are you sure you want to cancel your subscription? You will lose your Premium access and stored playlists.

Go back Confirm cancellation